17 Februari 2015

Bila Nak Melabur

Assalamualaikum wbr.

Sabtu lalu pada 14/02/2015 dari jam 9pagi ke 5Ptg teman menghadiri seminar Kolej Jutawan oleh Multijutawan Tuan Azizi Ali.

Beliau ada bagi petua bagi Pengurusan Kewangan:

1) Wajib Simpan duit gaji sebanyak 10% setiap bulan

2) Dana Rizab minima sebanyak 6 bulan gaji disimpan di ASB @ Tabung Haji

3) Melabur ( bila 1 & 2 sdh tercapai )

Dalam bidang Hartanah, Emas, Unit Amanah & Koperasi

4) Ulang 1,2 & 3 bersama Pelbagai Income Tambahan yg lain

P/S: Sifu teman lg sorg galakkan jadi hamba yg bersyukur & pemurah terlebih dahulu maka rasailah nikmatnya yg tak tergambar di akal, terungkap di lisan & qalbu.

wallahualam.

27 Januari 2015

ROTAN

Assalamualaikum wbr. Memandangkan isu rotan menjadi topik hangat baru2 ini.

Merotan dalam Islam bukan untuk menghukum tetapi untuk pengajaran dan hikmah.

Kesannya bukan dengan tertakluk pada aqal dan adat tetapi atas dasar hikmah dr yg Maha Esa.

Selesaikan urusanmu kerana Allah, Maka urusanmu akan dipermudahkanNya.

Tapi jika engkau melakukan atas dasar ikhtiar makhluk, maka natijah urusanmu dikembalikan kepada makhluk.

Jika solat ada 3 tiang utama @ rukun bahasa standardnya.

Maka Rotan juga ada 3.

Rukun Fi'li:

Memukul sekadar mengepit sebuah buku. Buku tidak jatuh ketika engkau memukul.

Rukun Qauli:

Bacaan seperti ketika menyembelih binatang iaitu Bismillahi Allahuakhbar!

Rukun Qalbi:

Niat mohon kepada Allah membuang sifat2 buruk, jin2 dan syaitan2 yg bersarang dlm tubuh pelaku.

Nota:

Untuk mempelajari lebih lanjut sila belajar pada ahlinya.

Teman hanya hamba yg faqir lagi jahil yg berkongsi seadanya.

wallahualam.

13 Jun 2011

P RAMLEE

ALHAMDULILLAH!RAMADHAN SEMAKIN MENGHAMPIRI.SEMOGA REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN TAHUN INI LEBIH BAIK DARI TAHUN2 SEBELUMNYA.

TEMAN SUKA BEBENOR DGN KARYA P RAMLEE.BARU2 NI DEMA SIARKAN TTG REMI DEMA NYEBUT TTG SEKOLAH MELAYU DAN INGGERISNYA. BETAPA GURUNYA PUJI TTG PENGUASAAN BAHASA INGGERISNYA. IDAK PULAK DEMA NYEBUT TTG DIA ADA NGAJI DI SEKOLAH PONDOK.

TU SBB REMI ADA NYEBUT SENI TU KERJA TUHAN.ADA USTAZ YG TEMAN NGAJI KATA KARYA P RAMLEE SEGAR SBB ISINYA DIAMBIL DR KISAH2 DLM QURAN DAN LAGU2NYA PULA DIBUAT IKUT TAJWID QURAN.ADA SHBT TEMAN KATA TU LER BEZA ORG NGAJI DAN MENGKAJI.

CONTOHNYA MUSANG BERJANGGUT.TEMAN PALING SUKA NENGOK TTG ADAB YG BNYK DITONJOLKAN DLM FILEM ITU SEPERTI ADAB GURU DAN MURID, ANAK DAN IBU BAPA SEBENAR, ADAB ANAK DAN IBU BAPA ANGKAT, ADAB TUAN RUMAH DAN TETAMU. BUKANKAH YG PALING BERAT TIMBANGAN DI AKHIRAT KELAK ADALAH AKHLAK.

BAGI ANAKKU SAZALI RAMAI YG MENJURUS KPD SALAH DIDIKAN.NAMUN YG PALING BESOR ADALAH REDHA ALLAH DGN REDHA IBU BAPA.BUKANKAH DLM FILEM INI MEREKA KAHWIN LARI HINGGA ABG SENDIRI KAHWIN PUN DEMA LAKI BINI IDAK BALIK KE KG.BAB REDHA TUHAN DGN REDHA IBU BAPA BOLEH DIRUJUK DLM KITAB SPT AL YAWAKIT AL JAWAHIR. ATAU KITA LIHAT SIRAH SHBT YG BERNAMA ALQAMAH YG TIDAK DPT MENGUCAP KETIKA NAK WAFAT KERANA TELAH MENYAKITI HATI IBUNYA WALAUPUN SEKALI SAHAJA.SEDANGKAN DIA TERKENAL DGN KUAT BERIBADAT DAN AKHLAQ YG MULIA.

DLM AHMAD ALBAB KITA BOLEH LIHAT PEREMPUAN MEMINANG LELAKI, APA NAK HERAN BUKANKAH RASULULLAH DULU DIPINANG OLEH SITI KHADIJAH.

31 Disember 2010

kembara



Dalam tahun ni ada le beberapa tpt teman berziarah.

Mengingati Aulia adalah rahmat.

Dalam tahun 2010 ini ada beberapa tempat yg diizinkan teman berziarah.

bayangkan dalam arus tsunami yang tinggi itu terbelah dua bila menghampiri maqam kedua2 aulia ini

Mudah2an dibukakan jalan bagi kita semua utk mengharungi liku2 kehidupan dengan mengikuti jejak dan laluan mereka yg dirahmati dan diberkatiNya.

aman tak aman

Sifat insan sukakan selesa termasuk teman.

Bila ada rasa tak selesa mula mencari punca samada nyata atau tidak nyata.

jika kita renung kata2"neraka dikelilingi keseronokan dan kesukaan manakala syurga dikelilingi oleh kesusahan dan kepayahan"

Jika kita dikelilingi musuh mudahkah nak buat kerja atau dikelilingi teman yg mudah utk buat kerja?

Jika kita mengaku syaitan itu musuh yg nyata bagi kita, adakah kita merasa tenang dlm setiap sedutan nafas atau sebaliknya.

aman tak aman, tak aman aman

Tangisan

Baru2 ini ada seseorang menangis teresak2 yg teruk.

Teman biorkan dulu.Bila dah reda teman tanya,"apa yg ditangiskan itu adakah sama seperti tidak dapat mengingati tuhan atau merindui nabi?"

Lalu teman anjurkan"tangis yg mana lebih manfaat dunia akhirat itulah patut diutamakan"

12 November 2010

ADA KE XDE NI

Ada seorang kenalan bertanya "sufi xde dlm islam kan?

Lalu teman tanya "mana dapat sumber ni?"

dari internet katanya.

hmm..alahai mudahnya ngaji.

Teman dipesan jika ada soalan berbaur sebegini,tanyakan padanya "Berapa ilmu yg dibangsakan sbg fardhu ain?"

Jika itu x dpt dijwbnya berdiam diri aje lebih baik dari memanjangkan kata.