MOHON BERKAT DARI ILLAHI.
TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.
DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.
SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.
Dalam kitab Minhajul Abidin telah dihurai secara ringkas tentang Bisikan Hati
Yang pertama Ajakan Kebaikan dari Malaikat Mulhim berbentuk Ilham
Yang kedua Ajakan kejahatan dari syaitan Waswas dalam bentuk waswasah
Namun ada ketika syaitan mengajak berbuat kebajikan tapi berakhir kejahatan.Contohnya melebihkan sunat mengejar pahala tetapi lalai mengerjakan yg wajib.Bila terlihat kpd orang wujud ujub ataupun riya'
"Ulama ada memberi beberapa kaedah menentukan samada Khatir @ Bisikan Hati itu khatir khair(baik) atau khatir syar(jahat)"
Pertama: Sesuaikan dengan hukum syara'.Jika sesuai maka itu adalah khatir khair dan jika tidak sesuai khatir syar
Jika tiada hukum syara' bandingkan dengan perbuatan golongan solehin.Jika sesuai khatir khair jika sebaliknya khatir syar.
Jika tiada juga bandingkan dengan hawa nafsu.Jika hawa nafsu menolak dgn tabiatnya maka itu adalah khatir khair dan sebaliknya menyukai menurut tabiatnya dan bukan mengharap redha Allah itu adalah khatir Syar
Kedua:"Jika ingin mengetahui perbezaan khatir syar datang dari syaitan atau hawa nafsu dgn khatir pertama sebagai ujian,maka tilik dari 3 sudut."
Kuat dan tetap samada dari Allah atau dari hawa nafsu.Khatir Tidak menentu dari syaitan.
Jika khatir syar datang setelah melakukan dosa, maka ia adalah dari Allah sebagai penyeksaan atas suatu perbuatan
Apabila khatir datang tiba2 ketika belum lakukan dosa maka itu adalah dari syaitan yg pertama sekali memujuk dan mnyesatkan manusia
Apabila khatir tidak lemah dan tidak berkurang dengan zikrullah maka ia dari hawa nafsu.
Jika khatir berkurang atau lemah bila banyak zikrullah maka ia dari syaitan
Seperti diriwayat Ibnu Abas"Syaitan berdiam diri dlm hati anak adam. Jika seseorang berzikir kepada Allah, maka syaitan mundur. Jika sesorang lalai dari Allah, Maka syaitan akan mengganggu hatinya.
Ketiga:"hendak mengetahui khatir itu dari Allah Taala atau malaikat ada 3 sudut.
Pertama:Jika khatir khair itu kuat lagi keras ia dari Allah Taala. Jika berubah2 ia dtg dari malaikat kerana ia penasihat kpd manusia berbuat kebaikan dan menyertai mereka yg dlm kebaikan
Kedua:Jika khatir khair diiringi ijtihad iaitu kesungguhan dlm beramal (tanda kasih Allah)dan taat ( muhasabah diri ada tak setiap kali selepas solat) umpamanya dapat berjemaah di masjid kemudian solat sunat menyempurnakan yg wajib,zikir lepas solat, baca Quran .
Jika datang tiba2 ia dari malaikat
Ketiga:Jika khatir tesebut mengenai perkara asas seperti usul agama dan perkara batin( umpamanya diberi peringatan tujuan hidup mati kerana Allah dan dpt mengesakan tuhan dlm setiap nafas turun naik ) ia dari Allah Taala.
Jika mengenai furu'(cabang)dan ilmu lahir ia dari malaikat kerana malaikat tak dapat mengetahui secara mendalam tentang batin seseorang hamba Allah.
Syeikh Abu Bakar al Waraq r.a berkata"TELITILAH!Jika engkau mengerjakan dengan ringan apa yg berbisik dalam hati TANPA MEMIKIRKAN DAN TAKUT KEMURKAAN ALLAH, malah tidak mahu tahu atau memikirkan akibat yg mungkin timbul, ini bererti dari syaitan.MAKA JAUHILAH!"
Ini yg dapat dikongsi mudah2an bermanfaat utk semua insani
Jika nak mengetahui lebih lanjut lagi carilah guru yg mengajar kitab ini
Kepada Illahi hamba berserah diri
Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.
Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani
Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.
Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi
kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.
Dari dunia hingga akhirat nanti.
Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.
Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.
Telah dijamin tempat diakhirat nanti.
Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.
Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.
Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.
Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.