31 Disember 2010

kembara

Dalam tahun ni ada le beberapa tpt teman berziarah.

Mengingati Aulia adalah rahmat.

Dalam tahun 2010 ini ada beberapa tempat yg diizinkan teman berziarah.

bayangkan dalam arus tsunami yang tinggi itu terbelah dua bila menghampiri maqam kedua2 aulia ini

Mudah2an dibukakan jalan bagi kita semua utk mengharungi liku2 kehidupan dengan mengikuti jejak dan laluan mereka yg dirahmati dan diberkatiNya.

aman tak aman

Sifat insan sukakan selesa termasuk teman.

Bila ada rasa tak selesa mula mencari punca samada nyata atau tidak nyata.

jika kita renung kata2"neraka dikelilingi keseronokan dan kesukaan manakala syurga dikelilingi oleh kesusahan dan kepayahan"

Jika kita dikelilingi musuh mudahkah nak buat kerja atau dikelilingi teman yg mudah utk buat kerja?

Jika kita mengaku syaitan itu musuh yg nyata bagi kita, adakah kita merasa tenang dlm setiap sedutan nafas atau sebaliknya.

aman tak aman, tak aman aman

Tangisan

Baru2 ini ada seseorang menangis teresak2 yg teruk.

Teman biorkan dulu.Bila dah reda teman tanya,"apa yg ditangiskan itu adakah sama seperti tidak dapat mengingati tuhan atau merindui nabi?"

Lalu teman anjurkan"tangis yg mana lebih manfaat dunia akhirat itulah patut diutamakan"

12 November 2010

ADA KE XDE NI

Ada seorang kenalan bertanya "sufi xde dlm islam kan?

Lalu teman tanya "mana dapat sumber ni?"

dari internet katanya.

hmm..alahai mudahnya ngaji.

Teman dipesan jika ada soalan berbaur sebegini,tanyakan padanya "Berapa ilmu yg dibangsakan sbg fardhu ain?"

Jika itu x dpt dijwbnya berdiam diri aje lebih baik dari memanjangkan kata.

06 Oktober 2010

DI MANA KAN KU CARI GANTI

DI MANA KAN KU CARI GANTI YG SERUPA DGNMU.

TAHUN INI BEBERAPA TOKOH TELAH MENINGGALKAN KITA.

http://www.maltaf.org/pak-teh-kroh-kembali-ke-rahmatullah
http://www.maltaf.org/habib-ali-batu-pahat-telah-kembali-kerahmatullah
http://www.maltaf.org/baqiyatus-salaf-wa-sayyidul-khalaf-al-iman-al-habib-abdul-qadir-bin-ahmad-bin-abdurrahman-as-saqqaf-13311913-14312010/
http://www.maltaf.org/dunia-kehilangan-lagi-permatanya/

21 September 2010

Lihat dan Dengar

Alhamdulillah!

Minatku ada tiga. Sejarah, Menonton dan mendengar muzik.Rupa2nya setiap satu itu saling berkaitan.

15 tahun dahulu seorg guru tua menasihatkan ku.Kita dikurnia 2 biji mata, 2 pasang telinga dan 1 mulut. Lihat dari 2 sudut, dengarlah dr 2 sudut dan mulut jgn cepat menjadi hakim.Kerana taraf mata diatas dan telinga ditengah dan Mulut terletak dibawah.

Jgn diguna aqal diatas semata2 tetapi gunalah hati yg terletak antara aqal dan nafsu.Jika dijengkal dgn jari sama jarak antara keduanya.

Aqal semata2 nanti bijak mcm Yahudi, maka ramai yg melawan tuhan.Sebaliknya gunalah hati yg disinari Nur Hidayah dr yg Maha Esa.

Jgn diikut nafsu semata2, kelak lebih teruk dari binatang ternak.

Moga2 kami dijauhkan dari seperti yg ditemplak.

Ada mata tak guna utk melihat.Ada telinga tak guna utk mendengar.Ada Hati tak guna utk memahami.Mereka itu lebih teruk dari binatang ternak.Mereka itulah org2 yg lalai.

Jika berdiri seorng manusia disebelah seekor lembu. Maka aqal,hati dan nafsu lembu separas manakala manusia begitu cantik terletak.

Begitu juga aku dinasihat letak dunia ditapak tangan dan letak akhirat di dalam hati.

begitu jua aku diberitahu Kesimpulan Al-Quran ada 3 : tauhid, hukum hakam dan cerita2.Yg banyak disebut2 ttg sifat baik dan sifat buruk.Cuma crook yg paling utama disebut nama seperti Qarun,Firaun, Haman dan Abu Lahab. Maka jangan dituruti tingkahlaku dan jejak mereka.

Selain itu dipesan jauhi dari 3 TA. TahTA, HarTA, WaniTA.

Seorang sifu pula berkata

See with your eyes look with your brain.Hear with your ear listen with your brain.

Seorang yg lain suruh melihat isi sesuatu kerana ilham itu didtgkan dr yg Esa.

PadaMU kubersujud (Lirik Lagu Afghan)

Ku menatap dalam gelap
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertaubat

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Cuti Sabatikal

Alhamdulillah!Begitu indahnya hidup ini.

Walaupun skripnya pelbagai.Ibarat sebuah filem masing2 dengan lakonan masing2.Akhirnya akan dinilai oleh panel juri.

Jatuh bangun dlm pencarian adalah lebih bermakna dpd langsung tidak berada dlm perjuangan.

Masih teringat pesanan seorg tua di Kedah yg istimewa, jika nak mendaki gunung yg tinggi biarlah perlahan2 kelak jika terjatuh senang utk mulakan kembali.Gunung yg tinggi cuma dibawah tapak kaki sang pendaki.

Begitu jua ketika diMedan,

Apa yg tinggal itulah habis dan Apa yg habis itulah yg tinggal.

Menerima ketentuan adalah kunci apatah lg dibimbing yg telah sampai kemuncak.

Tentukan berbeza nasihat dr mereka yg cuma membaca, berlegar dibwh atau telah sampai kemuncak.

19 September 2010

Pesanan

Naruto: Shippuuden Episode 133 B - Anime Boy
Imbas kembali:

Pengakhiran seorang Guru ditangan anak muridnya.keputusan diambil setelah teringat pesanan dr Gurunya suatu ketika dulu.

Lalu dia membuat kesimpulan ttg kehidupan seseorang

Suatu Pengakhiran

Naruto: Shippuuden Episode 169 B - Anime Boy
Pengakhiran disertai penyesalan setelah diberi kesedaran oleh rakan seguru

Sama X Serupa

Naruto: Shippuuden Episode 169 A - Anime Boy
Pertembungan dua murid Seguru yg tujuan sama tapi pendekatan berbeza

Pesanan seorang Guru

Naruto: Shippuuden Episode 127 B - Anime Boy
Seorang Guru yg telah melihat ttg masa depan anak murid dan memberitahu tentang taqdir yg akan ditempuhinya

Hala Tuju

Naruto: Shippuuden Episode 127 A - Anime Boy
seorang Guru mengajar Tentang hala tuju kehidupan & kenali diri

14 September 2010

TANGKAL BESI

Ini antara dialog yg menyentuh hati.

Ketika termenung memikirkan tentang diri dan jln kehidupan.Tiba2 seorang tua menegur bahawa keputusan harus dibuat dgn hati yg tenang.Ikut gerak hati dan ilham diberikan.( Namun jika ada guru yg kesampaian baru kita dpt mengenal bahawa itu yg haq @ batil)

Kita tidak mampu melawan taqdir kerana ia telah ditentukan.Tak kira baik atau buruk itulah yg kita harungi dlm kehidupan.

Rezeki telah ditentukan cuma kita perlu cari jln sendiri utk mendapatkannya.

06 Februari 2010

Bisikan Hati

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Dalam kitab Minhajul Abidin telah dihurai secara ringkas tentang Bisikan Hati

Yang pertama Ajakan Kebaikan dari Malaikat Mulhim berbentuk Ilham

Yang kedua Ajakan kejahatan dari syaitan Waswas dalam bentuk waswasah

Namun ada ketika syaitan mengajak berbuat kebajikan tapi berakhir kejahatan.Contohnya melebihkan sunat mengejar pahala tetapi lalai mengerjakan yg wajib.Bila terlihat kpd orang wujud ujub ataupun riya'

"Ulama ada memberi beberapa kaedah menentukan samada Khatir @ Bisikan Hati itu khatir khair(baik) atau khatir syar(jahat)"

Pertama: Sesuaikan dengan hukum syara'.Jika sesuai maka itu adalah khatir khair dan jika tidak sesuai khatir syar

Jika tiada hukum syara' bandingkan dengan perbuatan golongan solehin.Jika sesuai khatir khair jika sebaliknya khatir syar.

Jika tiada juga bandingkan dengan hawa nafsu.Jika hawa nafsu menolak dgn tabiatnya maka itu adalah khatir khair dan sebaliknya menyukai menurut tabiatnya dan bukan mengharap redha Allah itu adalah khatir Syar

Kedua:"Jika ingin mengetahui perbezaan khatir syar datang dari syaitan atau hawa nafsu dgn khatir pertama sebagai ujian,maka tilik dari 3 sudut."

Kuat dan tetap samada dari Allah atau dari hawa nafsu.Khatir Tidak menentu dari syaitan.

Jika khatir syar datang setelah melakukan dosa, maka ia adalah dari Allah sebagai penyeksaan atas suatu perbuatan

Apabila khatir datang tiba2 ketika belum lakukan dosa maka itu adalah dari syaitan yg pertama sekali memujuk dan mnyesatkan manusia

Apabila khatir tidak lemah dan tidak berkurang dengan zikrullah maka ia dari hawa nafsu.

Jika khatir berkurang atau lemah bila banyak zikrullah maka ia dari syaitan

Seperti diriwayat Ibnu Abas"Syaitan berdiam diri dlm hati anak adam. Jika seseorang berzikir kepada Allah, maka syaitan mundur. Jika sesorang lalai dari Allah, Maka syaitan akan mengganggu hatinya.

Ketiga:"hendak mengetahui khatir itu dari Allah Taala atau malaikat ada 3 sudut.

Pertama:Jika khatir khair itu kuat lagi keras ia dari Allah Taala. Jika berubah2 ia dtg dari malaikat kerana ia penasihat kpd manusia berbuat kebaikan dan menyertai mereka yg dlm kebaikan

Kedua:Jika khatir khair diiringi ijtihad iaitu kesungguhan dlm beramal (tanda kasih Allah)dan taat ( muhasabah diri ada tak setiap kali selepas solat) umpamanya dapat berjemaah di masjid kemudian solat sunat menyempurnakan yg wajib,zikir lepas solat, baca Quran .

Jika datang tiba2 ia dari malaikat

Ketiga:Jika khatir tesebut mengenai perkara asas seperti usul agama dan perkara batin( umpamanya diberi peringatan tujuan hidup mati kerana Allah dan dpt mengesakan tuhan dlm setiap nafas turun naik ) ia dari Allah Taala.

Jika mengenai furu'(cabang)dan ilmu lahir ia dari malaikat kerana malaikat tak dapat mengetahui secara mendalam tentang batin seseorang hamba Allah.

Syeikh Abu Bakar al Waraq r.a berkata"TELITILAH!Jika engkau mengerjakan dengan ringan apa yg berbisik dalam hati TANPA MEMIKIRKAN DAN TAKUT KEMURKAAN ALLAH, malah tidak mahu tahu atau memikirkan akibat yg mungkin timbul, ini bererti dari syaitan.MAKA JAUHILAH!"

Ini yg dapat dikongsi mudah2an bermanfaat utk semua insani

Jika nak mengetahui lebih lanjut lagi carilah guru yg mengajar kitab ini

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani

Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.

Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

Orang 'Alim

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Suatu hari guru yg mengajar bercerita tentang ketika dia mengaji dengan org 'alim di tanah Arab

Habis pengajian dia berbuat bakti kepada guru disayangi

umpama seperti membuat minuman dan yang lain lagi

setelah habis minta izin utk pergi

lalu ditahan si Guru tadi dibawa bersembang hingga ke pagi

Lalu sang murid bertanya kepada guru disayangi tidakkah dia menganggu masa qiamullail guru hari ini

Lalu sang guru tersenyum dan berkata yg kita sedang buat ini telah ada pelbagai isi

Lalu bila waktu berlalu dan tiba masa dalam kitab membicarakan tentang ilmu barulah sang murid mengerti

Berikut qalam dari Saidina Muaz bin Jabal radyiyallahu 'anhu

"Belajarlah kamu akan ilmu!Kerana belajar ilmu utk mencari keredhaan Allah Taala itu menambah rasa takut akan Allah Taala.

Dan menuntut ilmu itu ibadat

Dan mentelaah ilmu itu tasbih

Dan bertanya tentang ilmu itu jihad

Dan mengajarkan ilmu itu bagi orang jahil itu sedekah

Berikan ilmu bagi ahlinya itu (qurbah)menghampirkan diri kepada Allah Taala

dan lagi ilmu itu menjinakkan hati seseorang yg duduk bersendirian dan menjadi sahabat di kesunyian

dan menunjukkan jalan agama

dan dapat dijadikan kawan ketika suka dan duka

dan yang menjadi penolong yg setia

dan yg menerangkan jalan menuju ke syurga

Selain itu, para malaikat meminati utk bersahabat dgn mereka

dan rela menghamparkan sayapnya utk mereka berjalan diatasnya

Dan segala yg basah dan segala yg kering meminta ampun utk mereka sehinggakan ikan2 yg ada dilaut, segala binatang buas, binatang ternak, langit dan segala bintang, ssmuanya meminta ampun utk mereka

Segala kelebihan ini berpunca kerana ilmulah yg dapat menghidupkan matahati drpd butanya

dan yg dapat menerangkan akan hati drpd kelamnya

dan yg menguatkan badan dari lemahnya

dan yang menyampaikan seseorang kepada martabat orang yang abrar

dan yg meninggikan ia akan darjat seseorang

Memikirkan ilmu menyamai puasa sehari2

Mentelaah ilmu menyamai beribadat semalam2

dan dengan dia kita taat kepada Allah Taala

dan dengan dia kita menyembah dan mengesakan Allah Taala

dan dengan dia kita boleh menjadi orang yang wara'

dan dengan dia kita dapat menghubungkan silaturrahim

dan dengan dia kita mengetahui halal dan haram

Ilmu adalah imam dan amal adalah pengikutnya

dan dengan dia jadi sah amalnya

dan dengan dia dapat kemenangan di dlm akhirat

dan dengan dia lepas daripada api neraka Jahannam

Demikianlah diceritakan drpd Muaz Bin Jabal radyiallahu anhu seperti yg ana mengaji dlm kitab siyarus salikin Jilid 1

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani

Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.

Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

Ilmu dan amal

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Ketika para sahabat bertanya Nabi

Apakah amalan terlebih afdhal?

Mengetahui Allah azza wajalla jawapan nabi

Lalu ditanya apa amalan terlebih pahalanya?

Mengetahui Allah Taala jawapan Nabi

lalu ditanya para sahabat"kami bertanya dari amal dan engkau jawab dengan ilmu?

Lalu Sabda Nabi"Bahawa sedikit amal serta mengenal Allah Taala itu iaitu terlebih manfaat

dan bahawa banyak amal serta jahil kepada Allah Taala itu tiada memberi manfaat"

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani

Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.

Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

DEMI MASA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Cuba kita lihat air sungai mengalir dari tempat yang tinggi

Terus berlalu setiap hari dan tidak berpatah balik lagi

Begitu juga usia kita ini

Telah berlalu tak dapat diulang kembali

Setiap hari kita diberi 24 jam sehari

Moga2 bermanfaat setiap hari hingga sampai menghadap Illahi

Mari kita menilik diri sendiri apa yg kita berbuat sehari2

Apatah kita berbakti pada Illahi

atau kita berbakti pada insani

atau kita hanya menghabiskan sahaja waktu berlalu pergi

Mari kita buat anggaran contoh dlm sehari

Amalan wajib spt solat 30minit sehari baru 2% dari 24 jam yg diberi

Amalan sunat 1 jam sehari baru 4% dari 24 jam yg diberi

8 jam tidur baru 33% dari 24 jam yg diberi

17jam 30 minit adalah waktu bekerja dan bermasyarakat yang terbesar 61% dari 24 jam yg diberi

Jadi bagaimana kita ingin semua dikira sebagai bakti utk illahi?

Contohnya utk jadikan kerja dunia utk jd manfaat akhirat ada syaratnya dan niat kerana Allah itu cuma syarat yg pertama ada lagi yg lainnya

Ada lagi yang lebih utama bagaimana nak menjadikan nafas yg naik turun ini sebagai bakti kepadaNYA

Moga2 dpt ketemu dan dibimbing guru yg arif dlm perjalanan ini

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani

Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.

Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

01 Februari 2010

FILEM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Dari kecil diri ini memang menonton yang paling digemari

bila berumur 17 tahun berpeluang belajar tentang mencari erti dlm filem yg ditontoni

bak qalam saidina Ali "Jgn dilihat kepada siapa yg berkata, tapi lihatlah pada apa yg dikata"

Sabtu terbaru ini terperanjatlah isteri yg kucintai mengapa menonton filem hindi

lalu kusuruh melihat sinopsis yg tertera dlm astro ini

jika nak tau tgk ke alamat ini

http://en.wikipedia.org/wiki/God_Tussi_Great_Ho

tapi tonton beserta tauhid dan kefahaman rohani

ia mengenai seorang yg sentiasa di uji

akibat tak tahan sering menyoal dan menyalahkan kepada tuhan sendiri

kemudian di bawa mengadap tuhannya sendiri kemudian diberi kuasa mentadbir dalam 10 hari

akhir cerita ku tergelak dan tersenyum sendiri membuatkan hairan isteri kucintai

lalu ku beritahu cukup ramuan didalamnya dari awal cerita hingga pertengahan dan kesimpulan di akhir cerita cantik utk di bawa sehari2

kerana isi yg ada seperti yg pernah ku mengaji dan yg keluar dari qalam guru2 ku sayangi

Antara kesimpulan di hujung cerita ini Nasihat dari Tuhan agar hidup penuh kasih sayang di dunia ini

Keadaan seorang hamba setelah mengenal tuhan adalah seperti berikut

1. Dapat memahami diriNYA

2.Dpt melihat ttg urusanNYA

3. Sentiasa memelihara atas kehendakNYA

4. Bersegera utk berkhidmat kpd NYA

5. Beradab dlm pergaulan dgn NYA

6. Menyerah Diri

7. Bergantung segalanya kepada NYA

Selain dari itu ada juga penjelasan mengapa semua org berdoa dan hanya sebahagian yg diterima doa nya

di akhir cerita sang perempuan menyuruh sang kekasih lelaki melakukan sesuatu ke atas org yg jahat yg cuba memisahkan mereka

tapi jawapan lelaki adalah lain kerana dia dpt melihat lahiriah yg buruk itu terkandung rahsia

seperti dlm lagu maman teachers pet " ke mana jua aku mengarah, aku terpandang wajah MU"

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani

Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.

Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

15 Januari 2010

HITAM PUTIH

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Suatu hari hamba telah dinasihati.

Betapa kita meminta ampun setiap hari bagaikan meminta ampun setahun sekali.

Sekadar manis dibibir tapi tidak sampai dihati

setelah diampun kembali mengulangi

Kerana kita sendiri tidak mengerti dimana salahnya diri

Lalu dipesan supaya pohon kepada illahi

Agar diperlihatkan segala kesalahan yg sebenarnya disisi Illahi

Kemudian merendah diri pada Illahi

Menyatakan lemahnya diri untuk meninggalkan dosa dan berbuat taat utk illahi