28 Disember 2009

MAKAN SEHARI-HARI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA mengunyah makanan ini DAN TIADA UPAYA memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Allah MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG DICINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Bila lapar terasa di perut ini.

Makanan dicari mengisi jasmani.

Sungguh sedap kita makan disini.

Apakah makanan utk arwah2 yg telah pergi?

Kita makan setiap hari menghilangkan lapar yang minta diisi.

Bagaimana arwah dialam barzah sekarang ini?

Sedangkan kita satu hari nanti

Pastikan kembali menghadap illahi

Lalu siapa yang tidak cuba mengenali illahi mahupun menyediakan bekal nanti

Pastikan menyesal tidak terperi kerana peluang hanya sekali

Hiduplah kita sesuka hati kerana janji illahi adalah PASTI!

Salah satu cara mengisi rohani moga2 semakin cinta pada illahi.

Cubalah baca fatihah untuk rohani barulah makan mengisi jasmani.

Boleh kita lanjutkan Al-ikhlas 3 kali untuk diri dan arwah yang telah pergi.

Moga2 semua diberkati,Moga2 semua dirahmati.

Kerana bila memberi tanpa harap dibalas kembali.

Moga2 menjadi ikhlas disisi illahi.

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Pasti tewas setiap hari dengan musuh yang mengelilingi.

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

27 Disember 2009

12 BARISAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA UNTUK MENGELAK BINASA DIRI DAN TIADA UPAYA SELAMAT DIRI MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG DICINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Isi diambil dari kitab duratunasihin yg dikarang ulama' usman Alkhaibawi.

Menjadi pilihan dipondok2 sejak dahulu lagi.

Mari taulan kita tiliki,yang mana satu kita nak jadi.

Kerana kita boleh memilih apa nak jadi dengan izin dari illahi.

Ibarat filem ada ramuan sendiri.

Kitalah Penerbit,pengarah, penulis skrip,pelakon semua sekali.

itulah kita pilih sendiri,apa nak jadi untuk kemudian hari.

Mari kita lihat apa yg jadi, ini dialog antara nabi dan sahabat nabi.

Muaz bin jabal bertanya nabi,apakah maksud ayat ini?

"Pada hari sangkakala ditiup , maka kamu datang sekalian dengan berbondong-bondong,"

Lalu basah pakaian dek kerana tangisan Nabi

Nabi menyatakan bahawa yg ditanya masalah besar sekali.

Kerana umatnya akan menjadi 12 Barisan nanti.

BARISAN PERTAMA bangkit dari kubur tidak bertangan tidak berkaki.Inilah akibat jiran2 yg ada disakiti.

BARISAN KEDUA bangkit berbentuk babi.Ini akibat meremehkan solat ketika dalam hidup ini.

BARISAN KETIGA bangkit perutnya penuh ular, kalajengking berbentuk keldai.Inilah akibat dari tidak memberi zakat didunia ini.

BARISAN KEEMPAT bangkit mulut mengalir darah tidak berhenti.Inilah akibat berdusta dalam jual beli.

BARISAN KELIMA bangkit dari kubur menjadi angin berhembus lebih busuk dari bangkai baunya.Inilah akibat sembunyikan derhaka kerana takut manusia bukan takut yg Maha Esa.

BARISAN KEENAM bangkit dari kubur tenggorokan dan tengkuk yg terputus terkulai layu.Inilah akibat menjadi saksi palsu.

BARISAN KETUJUH bangkit dari kubur tidak berlidah dari mulutnya keluar nanah dan darah berupa kotoran.Inilah akibat menyembunyikan kesaksian.

BARISAN KELAPAN bangkit dari kubur terbalik diatas kaki dibawah kepala.Inilah akibat mati tak sempat bertaubat bagi penzina.

BARISAN KESEMBILAN bangkit dari kubur berwajah hitam bermata biru perut penuh api.Inilah akibat memakan harta anak yatim lalu mereka akan makan api.

BARISAN KESEPULUH bangkit dari kubur tubuh penuh kudis dan kusta.Inilah akibat derhaka kedua orang tuanya.

BARISAN KESEBELAS bangkit dari kubur hati buta mata tidak melihat, dgn gigi ibarat tanduk sapi jantan,bibir2 terbuka lebarnya sampai kedada, lidah menjulur panjang sampai ke perut bahkan ke paha mereka, dari perut terhambur kotoran.Inilah akibat arak menjadi minum minuman.

BARISAN KEDUA BELAS bangkit dari kubur WAJAH LAKSANA BULAN PURNAMA.JAMBATAN DILALU SEPANTAS KILAT MENYAMBAR.Inilah ORANG@ BERAMAL SOLEH DAN BERBUAT BAIK.MENJAUHI PERBUATAN DERHAKA, SOLAT LIMA WAKTU DIPELIHARA, TAUBAT DILAKSANA SEBELUM TINGGALKAN DUNIA.

Jika ada kemusykilan dihati, sila tanya mereka berkelayakan menghurai isi. Kerana ana hanya sekadar mampu berkongsi bukannya pandai menghurai isi. Hanya sekadar merenung apa nak jadi buat kita dikemudian hari.

kepada Illahi kita bersama2 panjatkan permohonan ini,agar kita SELAMAT MENUJU ILLAHI.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yg diredhai illahi.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

24 Disember 2009

ADAKAH EVEREST TERTINGGI?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA UNTUK MENDAKI DAN TIADA UPAYA SAMPAI ATAS SEKALI MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG DICINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Kisah bermula awal tahun ini.Ketika diizin oleh Illahi.Bertemu dengan seorang guru yg tak dikenali bagi yg tiada ingin mencari.

Telah ditanya kepada kami,"Apakah Everest tertinggi bagi semua insan di bumi?"

Jawapan kami tidak memuaskan hati lalu sang guru memberi jawapan yg diingini.

Everest tertinggi bg yg tidak mendaki.

Hanya mendengar atau memerhati.

Tidak pernah mencuba walau sekali untuk sampai kemuncak atas sekali.

Namun bagi yg telah sampai kemuncak atas sekali, Everest cuma di bawah tapak kaki.

Lalu kami dipesan dlm hidup ini biar jatuh berkali2 jika perlahan pasti kan sampai tempat ditujui.

Jika terlalu cepat ingin mendaki, kelak ditakuti takkan dapat bangkit kembali.

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,
agar kita sampai kepada dihajati.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

3 BATANG KAYU

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Ini merupakan suatu peristiwa di mana satu hari, baginda yang mulia, junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, mencucuk 3 batang kayu di tanah.

Kayu yg pertama berhampiran baginda.

Kayu yang kedua ditengah.

Kayu yg ketiga paling jauh dari baginda.

Lalu baginda bertanya kepada sahabat apa maksudnya.

Bila sahabat mengatakan hanya Allah dan Rasulnya yg mengetahui, maka baginda memberitahu maksudnya.

Kayu yg pertama, Itulah kehidupan kita.

Kayu yg ketiga adalah cita2 dan impian kita.

Kayu yg kedua adalah kematian kita.

Dalam hidup di dunia ini, ramai yg mengejar kayu yg ketiga. Mereka akan bermati2an mengejar.Ada yg ingin melihat cucu2 berjaya. Ada yg ingin melihat anak2 berjaya.Ada yg ingin melihat diri sendiri berjaya.

Namun ketentuan tuhan yg Esa mengatasi segalanya. Segala impian dan cita2 musnah di tengah jalan bila telah sampai waktu kembali kepadaNYA.Itulah belum sempat sampai kepada yg ke3 yg ke2 dahulu tiba.

Kita lahir seorang.Kita Kembali seorang.

Kita lahir bersih.Moga2 kembali bersih.

Kita lahir dgn tangisan.Kita kembali diiringi tangisan.

TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Qudus!Tiada daya kami hidup bersih disisiMU, dan tiada upaya kami kembali dlm keadaan bersih ke sisiMu melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Guru yg istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami sampai kpd MU dengan bimbingan Guru melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Sahabat yang istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami menerima teguran dan dorongan mereka yg engkau kasihi melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB. PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

19 Disember 2009

4 TAHAP

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

4 TAHAP ILMU

TAHAP 1 : FAHAMI

TAHAP 2 : JALANI

TAHAP 3 : ALAMI

TAHAP 4 : DALAMI

Untuk sampai dari tahap 1 ke tahap 4, moga2 dikurniakan oleh Allah SWT Guru yang Istimewa agar dapat di bimbing hingga sampai ke matlamat akhir.

Guru ANA berpesan kepada ANA jika ada Guru mengatakan dia hampir dgn tuhan , lebih baik jauhkan diri.

Biar Guru Istimewa lain yg memberitahu siapa Guru kita disisi Allah SWT barulah benar.

Lagi satu lihat samada dia mempunyai kasih sayang dengan semua makhluq dan Illahi


TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Guru yg istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami sampai kpd MU dengan bimbingan Guru melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Sahabat yang istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami menerima teguran dan dorongan mereka yg engkau kasihi melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB. PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

MENTOR

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Ketika ANA menghadiri satu kursus di ibukota. Penganjurnya merupakan seorang cina dan bukan islam. Ketika buat pengenalan, beliau berkata ketika muda beliau merupakan seorang yang penuh bangga diri dan rasa diri bagus. Tetapi bila umur 50an beliau lebih terarah kepada spiritual. Antara yg diberi adalah tentang mentor.

Apa Guna MENTOR?

MENTOR:


1: MEMBIMBING DAN MENILAI PERJALANAN KITA


2: TEMPAT RUJUKAN KITA


3: BIMBING KITA UNTUK SAMPAI KPD MATLAMAT KITA

Lalu bila ANA kembali ke tempat ANA, ANA berjumpa dgn Guru ANA menyatakan apa2 yg ANA terima ketika berkursus di sana.

Lalu beliau berkata"ITUlah ciri2 Guru Murshid"

Dulu ada yg bertanya pada ANA tentang Guru Murshid, ANA jwb ANA tidak tahu. Moga2 ringkasan yg ANA dpt ttg Guru Murshid membawa manfaat utk semua termasuk diri ANA ini.

Bila Guru ANA berkata begitu, lalu ANA teringat tentang Falsafah Isra' Mikraj.

Ustaz terbabit menerangkan pada bahawa sebenarnya Nabi Muhammad boleh berjumpa terus tapi intipati Isra'Mikraj ini untuk kita FAHAMI, JALANI, ALAMI dan DALAMI.

Antara elemen yg penting Guru, Sahabat dan kenderaan.

Antara syaratnya: Hati bersih dan kemudian diisi dengan hikmah dan iman.

Untuk capai yang ini seorang Guru ( dlm Isra' Mikraj Malaikat Jibrail) membelah dada dan membersihkan hati dan kemudian mengisinya dengan hikmah dan kemudian iman.

Setelah itu perjalanan dimulakan dengan menaiki kenderaan ( utk isra': Buraq)(utk kita AMAL SOLEH)dan diringi Guru dan sahabat ( dlm Isra' Mikraj: 1 Malaikat lain yg ANA lupa namanya. ) hingga sampai ke Baitul Muqaddis.

Kemudian Mikraj hingga sampai Sidratul Muntaha.Malaikat Jibrail hanya sampai di sini.Kerana jika diteruskan dia akan hancur.

Sebelum Baginda naik ke Mistawa, baginda terdengar suara sahabat beliau Saidina Abu Bakar supaya jangan2 ragu2 dan minta dia teruskan. kemudian Nabi Muhammad bersendirian hingga ke Mistawa.

Lalu sampai lah kemuncak bertemu Allah SWT. Maka terjadilah Nabi mempersembahkan kepada Tuhan yg Maha Esa "Attahiyatul..." dan kemudian baginda mendapat jawapan dari yg Maha Esa" assalamualaika...." dan Kemudian Bila Nabi tiba di bumi " assalamualaina...".INILAH ASAL USUL SALAM DLM TAHIYAT.

Ampunilah diriku yg hina ini ya Allah kerana mengucap sambil lewa ketika menghadapMU sedangkan peristiwa tempat ia berlaku sangat istimewa dan diucapkan oleh kekasihMU yg sangat istimewa hinggakan Malaikat Jibrail pun hancur bila melewati sempadan.

aku Bersyukur kepada MU Ya Allah kerana masih membenarkan utk aku yg hina dan lemah dan penuh dgn dan dosa beserta sifat mazmumah mengucapkan kalimah ini


TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Guru yg istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami sampai kpd MU dengan bimbingan Guru melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Sahabat yang istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami menerima teguran dan dorongan mereka yg engkau kasihi melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

14 Disember 2009

3 M

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Ini kefahaman ANA ketika menyaksikan rancangan AA GYM.

untuk mengenal Allah mulai dengan mengenal diri.Walau siapa menegur, anggap ia rezeqi dr illahi. Jangan jadikan agama sbg satu halangan. Asalkan teguran itu berbetulan dengan Al-quran dan Sunnah.

Ibarat pilot pesawat pejuang harus belajar dari pilot pesawat pejuang yang pakar juga bukannya pemandu kenderaan atas darat.

Formula 3M.

1M:Mulai dlm Diri.

Jika ingin lihat anak2 dan keluarga mempunyai akhlaq baik, diri sendiri dahulu berakhlaq baik.Apatah lagi untk kasih, sayang, cinta akan Illahi.

Begitu juga, jika kita ingin melihat negara yang baik dan makmur, kita mulakan dengan diri kemudian keluarga dan sahabat2 terdekat.

2M:Mulai dr kecil.

Kita merasa perkara itu kecil tapi disisi Allah ia adalah besar syaratnya ikhlas dalam perbuatan kita.

Ibarat mengangkat dahan di jalanan. itu adalah salah satu cabang iman.

ANA pernah lihat seorang yang orang pandang lekeh kerana dia mat pet. diizinkan oleh Allah utk ANA lihat dia membuang dahan pokok yang berada di tengah jalan.Siapa yg pernah mengaji kitab cabang2 iman, ini merupakan salah satu dpd 77 cabang spt yg dinyatakan dlm kitab. Bayangkan jika dia tak alih dan kemudian seorang mengelak dan terlanggar orang lain.

Subhanallah!DIA Maha Mengetahui akan urusanNYA.

Kerana ANA dipesan jangan menghukum orang, Menghukum itu milik TUHAN. Kelak diperlihatkan rahmat atas siapa yang dia kehendaki di akhirat nanti.

Mana tahu kerana keikhlasan mat pet tadi merupakan pintu rahmat untuknya. Semoga kita pun mencari rahmat tuhan dlm setiap nafas yg kita sedut hingga masa kembali padaNYA.

3M:Mulai saat ini..

Seperti ada pepatah cina, perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama.

Biarlah kita mati dalam perjuangan, bukan mati dalam khayalan.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA GHAFUR!Ampuni dosa2 kami, kedua ibubapa kami, keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya untuk berubah, tiada upaya untuk memulakan sesuatu melainkan anugerah Allah SWT.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Semoga kami merendah diri menerima segala teguranMU walaupun dari yang dipandang hina oleh sekalian makhluqmu kerana kesalahan silamnya mahupun tingkahlakunya waktu ini.

Kerana mungkin yang dihina itu merupakan kekasihMU, sedangkan kami yang merasa diri ini mulia rupa2nya hina disisiMU.Naudzubillah!

TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

13 Disember 2009

KEMATIAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Ada manusia bermanfaat ketika hidupnya dan ada yang bermanfaat selepas matinya.Ketika ANA mengaji bab kematian, ustaz terbabit berpesan kepada ANA supaya mengambil iktibar tapi jangan sekali2 menjatuhkan hukum.Ini kerena hukum itu milik Illahi.

ANA juga dipesan orang yang berbuat kebajikan semata2 mencari keredhaan TUHAN, tidak nampak kebaikannya tetapi segala kebaikannya akan terlihat setelah kematiannya. Ini adalah salah satu cara hendak di angkat darjatnya.

ANA dipesan barangsiapa mencari kehebatan dunia, dia tidak akan dapat tinggi di akhirat. Barangsiapa mencari tinggi di akhirat, dia tidak akan kehebatan di dunia.

Jika seseorang itu mati teruk bukanlah bermakna dia itu mendapat seksa TUHAN. Kenapa kita boleh lihat ada yang BUKAN ISLAM mati mudah? Beliau menerangkan ada kemungkinannya dia melakukan banyak kebaikan, maka sebelum beliau berpindah ke alam yang akan penuh dengan pembalasan maka diberi kemudahan ketika sakratul maut.

Dalam hidup ANA ada 3 orang yang kematian mereka meupakan pengajaran yang sangat2 berguna kepada ANA.

Dua daripada mereka menjalani corak hidup yang berbeza.

Yang pertama hidup dalam dihina oleh kaum keluarganya sendiri kerana bekas penagih dadah. Walaupun begitu tokeh pasaraya kata org lain dia tak percaya, tapi dia percaya kpd beliau itu sebab diberi kontrak itu pada dia.

Maha suci tuhan yang mengatur kehidupan sekalian makhluqNYA.

Walaupun Beliau dituduh keluarga gila dunia. Kerja jaga parking, kutip dan jual kotak dan cuci tandas dari pagi sampai malam. Ziarah keluarga cuma tahun baru cina.Beliau tabah menghadapi semua walau dihina kaum keluarga sendiri.

Tapi sebaliknya masa kematiannya, ramai anak2 kecil beritahu "pakcik ini selalu sedeqah duit pada kami"

Jiran2 beritahu, sekiranya sekolah nak pakai duit , kalau beliau tahu jangan harap orang lain dapat derma. sedangkan beliau tiada anak kerana isteri beliau dahulu kerap gugur.

Bila ANA bertanya isterinya, beliau berkata arwah banyak melakukan sedeqah anak2 yatim dan zakat.

Sedangkan antara tanda untuk mendapat naungan di padang masyhar adalah "Sedeqah tangan kanan, tangan kiri tidak tahu"

Urusan kematiannya sangat mudah.meninggal malam jumaat. Selalu beliau ziarah mentua, kali ini mentua ziarah beliau kerana hari jumaat itu cuti tahun baru cina.

Yang kedua ini mati kemalangan bersama anak harapannya.Sama2 rapat dan tegas. Kedua2 tonggak dalam keluarga.

Yang kedua, beliau merupakan seseorang yang pernah berpesan kepada ANA. Dia mengenali atuk ANA. Atuk ANA pernah mengaji sekolah pondok,untuk ALIF pada kalimah ALLAH sahaja, atuk ANA mengaji sampai 3 tahun.

Jadi orang yang kedua ini berpesan kepada ANA, ada rezeqi untuk ANA. Tapi ibarat orang beri salam diluar, ANA tidak buka pintu. Agak lama dia merenung, kemudian dia menyuruh ANA buat 3 perkara. Maka ANA laksanakan cuma tidak sempurna. ANA cuma dapat buat 2 dari 3.

Namun kemudian pelbagai yang ANA terima. Subhanallah!

Yang kedua hidupnya susah. Untuk Anaknya yang sulung beliau berkata jika ada jodohnya dia tidak kisah siapa asalkan tamat mengaji Al-Quran dan taat perintah agama sudah mencukupi. Anak2nya diasuh dengan cenderung ke arah agama. Khatam Al-Quran dan solat adalah wajib. Anak2 rapat tapi gerun kalau beliau bagi arahan.( Ini memang ada disarankan dalam kitab ).

Beliau juga menegenali org berpengaruh. Ada ketikanya mereka menelefon beliau. Diakhir qalam, kebiasaannya beliau mengingatkan buat kerja kerana Allah. Ingat kedudukan yang ada bukan utk mengejar harta tetapi berbakti utk masyarakat kerana amanah yang telah sanggup dipikul bila masyarakat telah memilih.

Dalam namanya ada maksud pemimpin. Ada bersifat nyata dan ada bersifat tersembunyi. jika di tilik pada asma, kiri penyabar dan kanan pewaris. Kedua2nya ada pada beliau. Hidupnya penuh dengan dugaan dan cabaran. Tidak mengambil kesempatan. Sentiasa memikirkan perpaduan masyarakat. Biarlah rumahnya buruk, kenderaannya cuma sebuah motorsikal buruk. tetapi kenalan dan pengaruh pada rakan cuba di manfaatkan untuk kepentingan masyarakat.

ANA diberi kefahaman bahawa kesimpulan Al-Quran adalah KASIH SAYANG.Ketika itu tidak dapat rasa mendalam lagi tetapi bila arwah telah mati diperlihatkan oleh Allah Taala. Beliau penuh kasih sayang dengan insan dan haiwan. Terlalu ramai yg hadir hari kematiannya. Baik Islam mahupun bukan islam semua menyatakan kebaikan beliau. Baik muda mahupun tua. Baik miskin mahupun kaya. Masing2 menyumbangkan tenaga, masa dan wang ringgit utk beliau.

Cabaran bagi umat Muhammad dan ujian terbesar adalah harta. Ramai mengejar kaya harta. Sedangkan menurut Junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW adalah kaya yang sebenar2 kaya adalah kaya jiwa.

HATI DAN JIWA YANG SENTIASA BERSIFAT REDHA,IKHLAS,SYUKUR, BELAS DAN MENGHORMATI ORANG LAIN

Kerana ANA dipesan yang paling dinilai bagi seorang MUKMIN adalah Niatnya. Dan KASIH kepada orang miskin adalah anak kunci syurga. Lalu kami ditanya bagaimana caranya?

Jawapannya diri sendiri jadi miskin dahulu. Lalu ANA bertanya kepada guru itu,maka sebab itu para sahabat memberi sedeqah harta mereka. Yang paling hebat Abu Bakar hingga tinggal Allah dan rasul. Nabi tercinta pun tidur di atas pelepah tamar hingga berbekas badannya.Lalu beliau menjawab ya.

ANA juga dipesan berjaga2 terhadap serangan empat iaitu nafsu, makhluq, syaitan dan dunia.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya untuk terselamat dari godaan nafsu, makhluq, syaitan dan dunia, tiada upaya untuk bebas dari godaan nafsu, makhluq, syaitan dan dunia melainkan anugerah Allah SWT.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Semoga kehidupan kami bermanfaat dan diberkati olehMU.TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

12 Disember 2009

4 PERINGATAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Pada 11/12/2009 bersamaan 24 Zulhijjah, lagi seminggu sebelum umat Islam menyambut awal Muharam.Khutbah Jumaat mengingatkan para jemaah tentang pesan Junjungan Tercinta Nabi Muhammad SAW.

ADA 4 Peringatan!

1.Ilmu yang tiada bermanfaat

2.Hati yang tidak khusyu'

3.Nafsu yang tidak pernah puas

4.Doa yang tidak didengari

1.Ilmu yang tiada bermanfaat. Ada ustaz yang ANA mengaji berkata amal adalah makmum dan ilmu adalah imamnya. Jika IMAM sudah rosak maka akan rosaklah MAKMUMnya.Contohnya seseorang yang bersolat tanpa ilmu kemungkinan solatnya tidak sah.Belum lagi dikira tentang solat yang diterima.Solat sah mungkin diterima TUHAN. Solat tidak sah tidak diterima TUHAN. TETAPI solat yang diterima sudah pasti sah disisi TUHAN.

Sebagai contoh ketika ana mengaji tentang sujud, ada seorang tua kalau dikira sudah pencen masih sujud tanpa satu jari pun menghadap Qiblat.Bagaimana solat yang telah dibuatnya selama ini?Wallahua'lam.Kalau ikut feqah sudah tidah sah, mudah2an ada rahmat disisi Allah SWT.Itu sebab ANA dipesan akan jaga perkara yang membatalkan solat dalam solat dan diluar solat. Inilah antara seninya solat kerana perbuatan diluar ada hubungkaitnya dengan yang mengerjakan solat itu sendiri.

JIKA KITA INGIN MENILAI SOLAT KITA, CUBA NILAIKAN ADAKAH IA SUDAH CAPAI TAHAP MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR?

Sudahkah kita dapat menjaga lintasan hati, lidah dan perbuatan kita?

Sudahkah kita berkasih sayang dengan Ilahi dan insani?

Inilah antara KPI solat yang patut kita renung dalam diri kita terutama diri ANA yang lemah ini.

2.Hati yang tidak khusyu'

Disini IMAM mengingatkan para jemaah tentang surah Ali i'mran ayat 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.

Bila disini ANA teringat tentang seorang guru yang mengingatkan ANA tentang golongan yang mendapat keredhaan Illahi seperti yang terkandung dalam tafsir ibnu Arabi.Golongan tersebut adalah Rasul,Anbiya',Aulia' dan Mukmin.Beliau mengingatkan yang pertama dan kedua sudah tertutup.Cubalah dapatkan menjadi golongan ketiga atau keempat

Mukmin katanya merupakan solat berterusan.Maka ANA teringat kata2 guru ANA yang lagi satu, itulah Solat Daim. Setiap saat mengingati Allah.

3.Nafsu yang tidak pernah puas

Nafsu yang mengarah kepada perkara membinasakan seperti syahwat, harta, tahta dan lain2 seumpamanya moga2 dijauhkan kita daripadanya.

Bila sebut nafsu teringat ANA tentang 7 tingkatan nafsu yang ANA pelajari.

1.AMARAh

2.Lawamah

3.Mulhamah

4.Mutmainnah

5.Rodhiah

6.Mardhiah

7.Kamil

Moga2 sekurang2nya dapat kita mencapai nafsu mutmainah kerana itulah darjat mereka yang telah tuhan janjikan kenikmatan.

Maka ANA teringat pesanan tentang IBNU ABBAS yang telah diberi kemuliaan oleh TUHAN di mana masa pengkebumiannya bergema surah Al-Fajr ayat 27 hingga 30.

27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "

Moga2 kita semua mempunyai tauhid yang kukuh. Sentiasa mempunyai kasih,sayang,cinta akan Illahi dan merasa kehebatan, keagungan dalam setiap nafas yang kita sedut naik dan turun.

4.Doa yang tidak didengari.

Moga2 kita semua dapat bernafas dan menggerakkan segenap anggota dan indera hanya untuk Allah taala.Tiada yang lebih kita kasih, sayang dan cinta melainkan Illahi.

Kasih,sayang,cinta akhirnya menjadi buah hati.Itulah pesan kepada ANA oleh guru ANA.Bila dah jadi buah hati, apa nak semua jadi dengan izinNYA.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUHAIMIN!Kami bermohon kepadamu agar dilindungi dari empat perkara yang dipesan oleh junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya untuk meninggalkan empat perkara ini, tiada upaya untuk manfaatkan empat perkara ini melainkan anugerah Allah SWT.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Semoga ilmu,hati,nafsu dan doa yang kami ada yang bermanfaat dan diberkati olehMU.TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

06 Disember 2009

Rezeki

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Rezeki ada pelbagai contohnya sihat, umur, Harta, anak-pinak, jiran yang baik, ilmu dan sahabat2.

Moga2 rezeki kami ini ini murah dan diberkati olehMU.

ANA pernah diberitahu cuba tilik diri kamu adakah rezeki itu mendekatkan diri kamu dengan illahi atau menjauhkan diri dari illahi?

Jika jauh kemungkinan besar rezeki itu adalah istidraj.Maka ANA dipesan lekaslah bermohon keampunan dari illahi dan mengaku kelemahan diri dan mohon diberi pertolongan dan kekuatan dari illahi agar kembali kasih, sayang, dan cinta pada illahi.

Baru2 ini ANA diizinkan oleh Allah SWT utk mencuba suatu produk yang mempunyai khasiat kurniaan illahi.Bukankah 9/10 rezeki harta datang dari perniagaan.

Hasrat ANA cuma 4.

1.Sihat yang lebih mengabdikan diri pada illahi.

2.Bebas dari belenggu hutang ( Kerana syuhadapun bisa tergantung sekiranya menanggung hutang )

3.Menunaikan haji setelah bebas hutang

4.Melakukan umrah dan ziarah tpt sejarah dan maqam Rasul,Anbiya',Aulia',Syuhada agar bertambah iman dan taqwa

ANA selalu mulakan dengan tauhid dahulu.

ASBAB: tuhan yang menyembuhkan

MUSABAB:Sakit sembuh sebab guna produk

Tu sebab pada kawan2 ANA kata tak ambil produk ANA tiada apa. Ikhtiarlah pelbagai cara, kerana bila kita sakit ada rahmat untuk kita.Tapi ada syaratnya.Kepada yang berminat nanti ANA kongsikan doa dan sedikit kefahaman ANA tentang utk mendapat rahmat illahi bila diuji dengan sakit oleh illahi.

Bila kita sakit, telah tertulis yang ini akan menyembuhkan sakit kita.Itulah sebabnya ada ketikanya, seseorang akan menderita lama hingga ia ketemu sesuatu yang menjadi penawarnya.Ada yang lain waktu yang singkat dalam ilmu Allah SWT mendapat penawarnya.Semua itu dlm Qadar dan Qada' nya.

Produk ANA ini berbentuk luaran.Khasiatnya ada 3.

1.Buang Toksin

2.Lancarkan perjalanan darah

3.Untuk kurus ( tengok samada gemuk AIR, ANGIN @ LEMAK. Kalau LEMAK lama sikit le )

Contoh keberkesanan produk.

Contoh1: seorang wanita bermur 39 tahun. Menghidap 2 jenis kanser tahap 3 iaitu kanser buah dada dan kanser rahim. 6 kali kimo cycle dan 21 kali radioterapi cycle. Sakit lutut dan tumit.4 tahun sudah tidak datang haid.Sehari makan ubat 52 kali sehari

Setelah pakai, dengan izin Allah SWT. Kanser tak merebak.Sakit lutut dan tumit hilang.Makan ubat dikurangkan oleh DOKTOR. dpd 52 biji kepada 6 biji.Haid kembali datang seperti biasa.

Contoh2: Seorang berumur pertengahan 20an.Bangun pagi terpaksa menongkat dan berpaut kiri kanan. Biarkan darah mengalir ke kaki baru melangkah.

Dengan izin Allah SWT, mlm pertama pakai, terjaga awal pagi terus melangkah baru dia tersedar.

Contoh3: Seorang tua yang mempunyai bengkak dikaki dan DR kata osteoporosis.

Dengan izin Allah SWT, kali pertama pakai hilang bengkak di kaki.

Ya Allah!Ya SHAKUUR!mudah2an kami sihat & bertambah kasih akanMU. Dapat merasa kebesaran, kehebatan, keagungan melalui ciptaan & ilmu yang dikurniakanMU.
Alhamdulillah! Semoga mendapat redha, rahmat, keberkatan, keampunan dunia akhirat sepenuh masa.

Sekadar Ingatan ( Untuk ANA ):


Bila menyebut Alhamdulillah! ( 4 perkara berlaku serentak )

1. Puji makhluk bagi TUHAN

2. Puji makhluk bagi makhluk

3. Puji TUHAN bagi makhluk

4. Puji TUHAN bagi TUHAN

Kepada yang berminat boleh email pada ANA zulmjg@gmail.com nanti ANA cerita kaedah penghantaran dan cara pemakaian.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA RAZZAQ!Kami bermohon kepadamu agar mendapat rezeki yang diberkati olehMU.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya untuk sembuh, tiada daya untuk sihat melainkan anugerah Allah SWT.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Semoga harta dan ilmu yang kami ada yang bermanfaat dan diberkati olehMU.TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

Gerabak Terakhir

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

ANA ada beberapa orang adik beradik seguru.Seronok melihat perkembangan masing-masing.

Bila bertemu tiada yang lebih menyeronokkan melainkan membicarakan tentang perasaan rasa kasih, sayang dan cinta kepada tuhan.

Dalam ramai2 itu, ANA ibarat gerabak terakhir.

Masing2 mempunyai kelebihan masing2 yang mendekatkan diri kepada tuhan yang sebelum ini ANA dengar dari mulut para tuan guru atau alim ulama atau melalui kitab2

Untuk ANA tak dapat melihat, mendengar atau rasa seperti mereka.Namun dapat hampir dengan mereka, juga merupakan anugerah dari illahi yang sangat2 ANA syukuri.Dalam mengharungi kehidupan ini agar mendapat restu illahi.

Dari segi ilmu pun ANA tidak kemana, syariat pun masih lagi sedang pelajari apatah jika disoal bab yang lain jauh sekali. Ada juga kawan2 ANA yang lain yang bertanya pasal thariqat, haqiqat, makrifat, ANA suruh cari para yang a'lim dalam bidang ini.Agar sampai ke matlamat yang dicari.

Kerna ANA dipesan jaga Qalbi, Qauli dan Fekli,moga2 mendapat pertolongan illahi dalam beradab ketiga2 ini. Semoga tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak mampu mengulang kembali untuk membetulkan apa yang salah disisi Illahi.

Kerana ANA hanya seorang insani yang mengharap rahmat illahi dengan apa yang diberi untuk mengharung kehidupan ini.Sangat berharap tidak mengikut nafsu yang merajai diri beserta dengan bisikan merosak diri agar tersasar dari meniti jalan yang suci.

Prinsip ANA mudah sekali, walau kemana ANA pergi dan guru mana yang ANA ikuti. Ana cuma ingin bersih diri dan kembali bersih menghadap illahi.

Dalam hidup: ANA memohon kepada illahi agar tolong hamba yang lemah ini untuk hidup "berkekalan bersyukur dan ikhlas memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Allah"

Ya Allah Ya Hadi.Ya Allah Ya Muhaimin.Tiada daya kami meninggalkan sifat mazmumah, tiada upaya kami mengamalkan sifat mahmudah melainkan anugerahMU jua.

Tolong kami Ya Allah!Berilah rezeqi kepada kami agar berperangai baik mendekatkan kami dengan kekasihMU dan menambahkan kasih,sayang dan cinta kami kepadaMU.

Tolong kami Ya Allah!Berilah rezeqi kepada kami agar berkekalan bersyukur dan ikhlas memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Mujiib.Perkenankanlah permohonan kami yang lemah ini.

Wallahua'lam.

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

04 Disember 2009

PERANGAI

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Ini merupakan apa yang ANA mengaji tentang perangai yang ANA rasa elok sebagai peringatan untuk diri ANA

1.Akhlaq baik sucikan dosa dan titik hitam di hati

2.Perangai baik dengan makhluq merupakan timbangan amal yang lebih berat

3.Akhlaq yang paling baik dengan makhluq paling hampir dengan Junjungan Nabi Muhammad yang penuh kemuliaan

4.Setengah dari kebahagiaan adalah baik perangai

5.Celaka jika jahat perangai

6.Takut Allah dimana2 jua

7.Buat baik kepada orang yang buat jahat kepada kamu

8.Campuri manusia dengan berperangai baik

9.Buruk perangai amalan tergantung tak naik arasy

10.Jahat perangai dosa tak diampun kecuali minta ampun pada makhluq yang lain

11.Jahat perangai neraka paling bawah dalam neraka Jahanam

12.Baik perangai tempat yang terlebih tinggi sekali daripada darjat syurga dalam akhirat

Ini yang ANA faham dari mukasurat 19 dan 20 yang ANA mengaji dalam kitab Siyarus Salikin Jilid Ke 3 edisi Lama

Semoga Allah SWT merahmati ke atas pengarang kitab dan ustaz yang membaca dan menghuraikan kitab ini

Ya Allah Ya Hadi.Ya Allah Ya Muhaimin.Tiada daya kami meninggalkan sifat mazmumah, tiada upaya kami mengamalkan sifat mahmudah melainkan anugerahMU jua.

Tolong kami Ya Allah!Berilah rezeqi kepada kami agar berperangai baik mendekatkan kami dengan kekasihMU dan menambahkan kasih,sayang dan cinta kami kepadaMU.

Ya Allah Ya Mujiib.Perkenankanlah permohonan kami yang lemah ini.

Wallahua'lam.

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

01 Disember 2009

TIANG SOLAT

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Kita seringkali diingatkan SOLAT itu tiang ugama.

Siapa mendirikan SOLAT dia mendirikan AGAMA.

Siapa meninggalkan SOLAT dia meruntuhkan AGAMA.

Berapa Kali kita mendengar tentang tiang solat?

Sebuah bangunan terdiri dengan ada tiangnya. Begitu juga SOLAT kita.

ANA diperingatkan supaya tiang dijaga diluar SOLAT, kemudian dibawa dalam SOLAT.

mudah-mudahan dapatlah kita SOLAT yang mencegah perbuatan keji dan mungkar.INI YANG PATUT KITA SEMAK @ MUHASABAH.ADAKAH TELAH TERLINDUNG KITA DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR SEDANGKAN KITA TELAH SOLAT?

Umpama bersilat, berdiri tegak adalah seni. begitu jua solat. Berdiri tegak ada maksudnya.Sejengkal jarak kaki sepuluh jari tegak lurus mnghadap Qiblat.Zahir dan Batin sedia menghadap.Nantilah jika ada keizinan, ANA akan kongsikan serba sedikit tentang seni dalam SOLAT yang ANA bawa sedikit2 yang ada nikmat bila telah tahu setiap gerak dan seninya.

Pada yang mempunyai kitab perukunan edisi jawi boleh merujuk gambarajah pada mukasurat 35.

Guru tersebut menerangkan Rukun SOLAT terbahagi 13 RUKUN. DALAM 13 diringkaskan kepada 3 bahagian utama.

INILAH TIANG SOLAT!

Setiap 1 rukun tertakluk pada satu SIFAT tuhan dalam sifat 20.Ia melangkaui 7 petala langit.

Tiang PERTAMA: Rukun Qalbi(Niat dan tertib). Tertakluk pada sifat A'lim( Maha mengetahui ). JAGA HATI KITA.Kunci Utama amalan diterima IKHLAS.

Tiang KEDUA: Rukun Qauli ( Perkataan ). Tertakluk pada sifat Samaq ( Maha Mendengar ) JAGA LIDAH KITA..

Tiang KETIGA: Rukun Fekli ( Perbuatan ). Tertakluk pada sifat Basar ( Maha Melihat ) JAGA PERGERAKAN KITA..

KESIMPULANNYA: BERADAB DAN BERAKHLAQ KITA ZAHIR DAN BATIN(SPT HATI NIAT DAN LINTASAN).

ini kerana lintasan hati pun akan dinilai ALLAH TAALA.INI terjadi pada makcik ANA ketika beliau mengerjakan haji.

si A (perbuatan) berbau busuk ( mungkin sakit perut dan tercirit).

si B (lidah)berkata sapa busuk ni?

makcik ANA: si C (dalam HATI)betul lah ada bau busuk.

APA JADI? 2 hari makcik ANA sakit perut dan cirit sehingga berbau busuk. Beliau kemudian merendah diri, menghina diri kepada yang ESA serta Minta ampun dan minta tolong pada ALLAH SWT menghilangkan lintasan hati. Barulah beliau menghabiskan musim haji dengan selamat dan tiada lintasan hati.

PERSOALANNYA BERAPA BANYAK KALIKAH DALAM KEHIDUPAN KITA TELAH MERUNTUHKAN KETIGA-TIGA tiang SOLAT? ( terutama diri ANA ini.)

Ya ALLAH!ENGKAU MAHA AGUNG!ENGKAU MAHA HEBAT!

KAMI INI LEMAH!TIADA DAYA KAMI MENJAGA HATI,LIDAH DAN PERBUATAN KAMI, TIADA UPAYA KAMI BERBUAT TAAT KEPADAMU MELAINKAN ANUGERAHMU JUA.

KAMI BERSYUKUR DIATAS NIKMAT MATA,HIDUNG,MULUT,AQAL,TELINGA,HATI,TANGAN DAN KAKI.DAN KAMI MOHON AMPUN DAN MAAF KEPADAMU YA GHAFUR ATAS KESALAHAN KAMI.

SEMOGA KAMI BERKEKALAN MENDAPAT PETUNJUKMU YA HADI DAN BERKEKALAN DALAM PERLINDUNGANMU YA MUHAIMIN.TIADA NIKMAT YANG LEBIH BESAR MELAINKAN MELIMPAH KASIH SAYANGMU DALAM HATI SANUBARI KAMI.

PERKENANKAN PERMOHONAN KAMI INI YA MUJIIB.

WALLAHUA'LAM

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

NO 17 & 18 AMAL TERIMA ATAU BINASA

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.


17. BERAPA KALI AMALAN SESEORANG DIANGKAT DALAM 1 HARI?

MENURUT SEPERTI YG ANA TERIMA KETIKA DLM PENGAJIAN, AMALAN DIANGKAT 2 KALI SEHARI.USTAZ TERSEBUT MENERANGKAN TENTANG MALAIKAT HAFAZAH YANG MENGANGKAT PADA WAKTU SUBUH DAN ASAR.

PADA WAKTU SUBUH, MALAIKAT SIANG TURUN DAN MALAIKAT MALAM NAIK. JIKA KITA SEDANG BERJEMAAH PADA WAKTU ITU KEDUA2NYA AKAN MENCATAT PERKARA YANG SAMA DAN AMALAN KITA PADA SEKIAN MASA DIBAWA MENGHADAP KEHADRAT ALLAH SWT.

BEGITU JUGA PADA WAKTU ASAR, MALAIKAT MALAM TURUN DAN MALAIKAT SIANG NAIK.

18. SETIAP AMALAN DIANGKAT MELALUI 7 LAPISAN LANGIT DAN SETIAP LANGIT ADA 1 PINTU YG DIJAGA OLEH MALAIKAT BAGI KESALAHAN UTAMA PADA SETIAP TINGKATAN LANGIT. APAKAH KESALAHAN ITU?

BAGI YG MEMPUNYAI KITAB SIYARUS SALIKIN JILID KE3 BOLEH MERUJUK PADA MUKASURAT 143 EDISI LAMA.

INI MERUPAKAN PESAN JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW KEPADA SAHABAT BAGINDA MUAZ BIN JABAL

SEBELUM 7 PETALA LANGIT DIJADIKAN, MALAIKAT PENJAGA PINTU BAGI SETIAP PINTU 7 PETALA LANGIT DIJADIKAN DAHULU.SETIAP AMALAN YANG MEMPUNYAI KESALAHAN UTAMA ITU TIDAK AKAN LEPAS NAIK KE LAPISAN SETERUSNYA.

PINTU PERTAMA: PENGUMPAT

PINTU KE 2: KEMEGAHAN DUNIA

PINTU KE 3: KIBIR ( EGO/SOMBONG/BONGKAK )

PINTU KE 4: UJUB ( SYOK SENDIRI (SS) RASA DIRI SENDIRI BAGUS TENGOK ORANG LAIN BURUK/JAHAT

PINTU KE 5: HASAD ( DLM BM DENGKI )

PINTU KE 6: TIADA SIMPATI KEPADA INSAN LAIN YG KENA MUSIBAH

PINTU KE 7: RIYA' ( KATA KUNCI: APA KATA ORANG )(RIYA' ADA 6 PECAHAN:1. TUBUH BADAN 2.PERKATAAN 3. PERBUATAN 4.AMAL 5.PAKAIAN 6. SUKA SEPERTI BNYK SHBT IKUT, BNYK MURID, KASIH ORG BESAR DAN ZIARAH ORG BESAR)

SEKIRANYA TELAH LEPAS 7 PETALA LANGIT.AMALAN KITA AKAN DIBAWA MENGHADAP ALLAH SWT DALAM PELBAGAI BENTUK.

ADA SEPERTI BULAN PURNAMA.

ADA SEPERTI BINTANG BEGEMERLAPAN.

ADA SEPERTI MATAHARI BERSINAR.

NAMUN, ALLAH MAHA MENGETAHUI AKAN HAMBANYA YANG IKHLAS. HANYA AMALAN YG IKHLAS SAHAJA DITERIMA ALLAH SWT.

BETAPA ULAMA' SEPERTI IMAM SYAFIE MEMANDANG JAUH.

DALAM LAFAZ& NIAT UTK SOLAT TERKANDUNG TAUHID, FEQAH DAN TASAUF.

PADA TASAUF ITULAH KUNCI BESAR UTK AMALN DITERIMA(ALHAMDULILLAH)@ DICAMPAK KEMUKA (NAUDZUBILLAH). JAUHKAN KAMI YA MUHAIMIN DR MELAKUKAN AMALAN TANPA IKHLAS.

TAUHID : AKU

FEQAH: FARDHU ZOHOR

TASAUF: KERANA ALLAH TAALA

YA ALLAH YA MUJIIB!SEMOGA DENGAN LIMPAH KASIH SAYANGMU YA RAHMAN YA RAHIM DAPAT KAMI MULAKAN AMALAN KAMI DENGAN BERSYUKUR DAN MENGAKHIRINYA DENGAN BERSYUKUR.

TIADA DAYA KAMI MENINGGALKAN MAKSIAT TIADA UPAYA KAMI BERBUAT TAAT MELAINKAN ANUGERAHMU JUA.

SEMOGA DGN MULAKAN BERSYUKUR AKAN MELAHIRKAN IKHLAS DALAM JIWA KAMI KERANA PENYERAHAN KEPADA MU ADALAH NIKMAT ANUGERAHMU JUA.

SEMOGA SETIAP NAFAS NAIK TURUN MENAMBAHKAN RASA KASIH~SAYANG~CINTA~ KEPADAMU.

WALLAHUA'LAM

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.