17 Februari 2015

Bila Nak Melabur

Assalamualaikum wbr.

Sabtu lalu pada 14/02/2015 dari jam 9pagi ke 5Ptg teman menghadiri seminar Kolej Jutawan oleh Multijutawan Tuan Azizi Ali.

Beliau ada bagi petua bagi Pengurusan Kewangan:

1) Wajib Simpan duit gaji sebanyak 10% setiap bulan

2) Dana Rizab minima sebanyak 6 bulan gaji disimpan di ASB @ Tabung Haji

3) Melabur ( bila 1 & 2 sdh tercapai )

Dalam bidang Hartanah, Emas, Unit Amanah & Koperasi

4) Ulang 1,2 & 3 bersama Pelbagai Income Tambahan yg lain

P/S: Sifu teman lg sorg galakkan jadi hamba yg bersyukur & pemurah terlebih dahulu maka rasailah nikmatnya yg tak tergambar di akal, terungkap di lisan & qalbu.

wallahualam.

27 Januari 2015

ROTAN

Assalamualaikum wbr. Memandangkan isu rotan menjadi topik hangat baru2 ini.

Merotan dalam Islam bukan untuk menghukum tetapi untuk pengajaran dan hikmah.

Kesannya bukan dengan tertakluk pada aqal dan adat tetapi atas dasar hikmah dr yg Maha Esa.

Selesaikan urusanmu kerana Allah, Maka urusanmu akan dipermudahkanNya.

Tapi jika engkau melakukan atas dasar ikhtiar makhluk, maka natijah urusanmu dikembalikan kepada makhluk.

Jika solat ada 3 tiang utama @ rukun bahasa standardnya.

Maka Rotan juga ada 3.

Rukun Fi'li:

Memukul sekadar mengepit sebuah buku. Buku tidak jatuh ketika engkau memukul.

Rukun Qauli:

Bacaan seperti ketika menyembelih binatang iaitu Bismillahi Allahuakhbar!

Rukun Qalbi:

Niat mohon kepada Allah membuang sifat2 buruk, jin2 dan syaitan2 yg bersarang dlm tubuh pelaku.

Nota:

Untuk mempelajari lebih lanjut sila belajar pada ahlinya.

Teman hanya hamba yg faqir lagi jahil yg berkongsi seadanya.

wallahualam.