MOHON BERKAT DARI ILLAHI.
TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.
DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.
SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.
Ketika para sahabat bertanya Nabi
Apakah amalan terlebih afdhal?
Mengetahui Allah azza wajalla jawapan nabi
Lalu ditanya apa amalan terlebih pahalanya?
Mengetahui Allah Taala jawapan Nabi
lalu ditanya para sahabat"kami bertanya dari amal dan engkau jawab dengan ilmu?
Lalu Sabda Nabi"Bahawa sedikit amal serta mengenal Allah Taala itu iaitu terlebih manfaat
dan bahawa banyak amal serta jahil kepada Allah Taala itu tiada memberi manfaat"
Kepada Illahi hamba berserah diri
Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.
Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani
Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.
Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi
kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.
Dari dunia hingga akhirat nanti.
Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.
Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.
Telah dijamin tempat diakhirat nanti.
Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.
Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.
Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.
Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan