01 Februari 2010

FILEM

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA meninggalkan maksiat DAN TIADA UPAYA berbuat taat MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG diCINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Dari kecil diri ini memang menonton yang paling digemari

bila berumur 17 tahun berpeluang belajar tentang mencari erti dlm filem yg ditontoni

bak qalam saidina Ali "Jgn dilihat kepada siapa yg berkata, tapi lihatlah pada apa yg dikata"

Sabtu terbaru ini terperanjatlah isteri yg kucintai mengapa menonton filem hindi

lalu kusuruh melihat sinopsis yg tertera dlm astro ini

jika nak tau tgk ke alamat ini

http://en.wikipedia.org/wiki/God_Tussi_Great_Ho

tapi tonton beserta tauhid dan kefahaman rohani

ia mengenai seorang yg sentiasa di uji

akibat tak tahan sering menyoal dan menyalahkan kepada tuhan sendiri

kemudian di bawa mengadap tuhannya sendiri kemudian diberi kuasa mentadbir dalam 10 hari

akhir cerita ku tergelak dan tersenyum sendiri membuatkan hairan isteri kucintai

lalu ku beritahu cukup ramuan didalamnya dari awal cerita hingga pertengahan dan kesimpulan di akhir cerita cantik utk di bawa sehari2

kerana isi yg ada seperti yg pernah ku mengaji dan yg keluar dari qalam guru2 ku sayangi

Antara kesimpulan di hujung cerita ini Nasihat dari Tuhan agar hidup penuh kasih sayang di dunia ini

Keadaan seorang hamba setelah mengenal tuhan adalah seperti berikut

1. Dapat memahami diriNYA

2.Dpt melihat ttg urusanNYA

3. Sentiasa memelihara atas kehendakNYA

4. Bersegera utk berkhidmat kpd NYA

5. Beradab dlm pergaulan dgn NYA

6. Menyerah Diri

7. Bergantung segalanya kepada NYA

Selain dari itu ada juga penjelasan mengapa semua org berdoa dan hanya sebahagian yg diterima doa nya

di akhir cerita sang perempuan menyuruh sang kekasih lelaki melakukan sesuatu ke atas org yg jahat yg cuba memisahkan mereka

tapi jawapan lelaki adalah lain kerana dia dpt melihat lahiriah yg buruk itu terkandung rahsia

seperti dlm lagu maman teachers pet " ke mana jua aku mengarah, aku terpandang wajah MU"

Kepada Illahi hamba berserah diri

Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.

Moga ditunjukkan yg benar itu benar dan sentiasa dapat jalani

Moga ditunjukkan yg salah itu salah dan dilindungkan dari berbuatnya setiap hari.

Pasti tewas setiap hari dengan diri sendiri dan musuh yg mengelilingi

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.

Dari dunia hingga akhirat nanti.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

Tiada ulasan: