16 Oktober 2009

Di mana tuhan

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

baru2 ini ada kawan ana bertanyakan soalan ini.Pada ana, ini bukannya bahagian ana.Jika nak tahu bab ketuhanan pergilah mengaji dengan ulama' bahagian ketuhanan. sebab ilmu ini bukannya boleh dibuat sembang2 kerana salah perkataan gugur syahadah.

Ana cuma berkongsi apa yg ana tahu dan amalkan apa yg telah ana pelajari sebelum ini. Umapamanya seperti bila kita memohon sesuatu biarlah kena dengan asma'nya. Contohnya semasa ana mengaji kitab cabang iman,ustaz Dzulkifli ada menerangkan tuhan suka kalau kita pohon dgn kita kenal kerja dia.

Umpamanya,Pak Ali,tubuh yang sama cuma lain gelaran bila berlainan fungsi kerja.di sekolah seorang guru matematik. Balik rumah bila ke masjid jadi tuan imam. Hujung minggu nikahkan orang jadi naib kadi. Bayangkan Pak Ali tengah nak nikahkan orang, kita sibuk pi tanya soalan matematik pulak. Tentulah tak kena pada tempatnya. Begitu juga tuhan mempunyai pelbagai asma'.Walaupun kita minta guna Allah saja pada semua keadaan DIA bagi juga kalau DIA nak bagi dengan sifat pemurahNya.

Sebaik2nya,bila kita sakit pohonlah Ya Allah Ya Jabbar @ Ya Allah Ya Qahhar. Bila nak Belajar Ya Allah Ya A'lim. Bila nak rezqi Ya Allah Ya Razzaq.Dan begitulah pelbagai lagi asma' yg lain.

WALLAHUA'LAM

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

Tiada ulasan: