24 Oktober 2009

JANJI ALLAH YG MENGERUNKAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW.

PERINGATAN UNTUK DIRI ANA YANG SERINGKALI TERLALAI & TERLENA

FIRMAN ALLAH DLM SURAH SAJADAH AYAT 10 HINGGA 15.

10. Dan mereka (yang kafir) itu berkata: "Adakah apabila Kami telah hilang lenyap Dalam tanah, Kami pula akan hidup semula Dalam bentuk kejadian Yang baharu? betulkah demikian? " (Mereka bukan sahaja tidak percaya tentang hidup semula) bahkan mereka tidak percaya tentang pertemuan Dengan Tuhannya.
11. Katakanlah (Wahai Muhammad); "Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut Yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)".
12. Dan (sungguh ngeri) sekiranya Engkau melihat ketika orang-orang Yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, Kami telah melihat dan mendengar Dengan sejelas-jelasnya (akan Segala Yang Kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah Kami ke dunia supaya Kami mengerjakan amal-amal Yang baik; Sesungguhnya Kami sekarang telah yakin".
13. Dan (bagi menolak rayuan itu Allah Taala berfirman): "Kalaulah Kami telah tetapkan persediaan (memberikan hidayah petunjuk untuk beriman dan beramal soleh kepada tiap-tiap seorang Dengan ketiadaan usaha dari masing-masing), nescaya Kami berikan kepada tiap-tiap seorang akan hidayah petunjuknya (sebelum masing-masing meninggal dunia, supaya tidak terkena azab di akhirat); tetapi telah tetap hukuman seksa dariKu: ` Demi sesungguhnya! Aku akan memenuhi neraka jahannam Dengan semua jin dan manusia (yang pada masa hidupnya tidak berusaha untuk beriman dan beramal soleh)".
14. (lalu dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kelalaian kamu) maka rasalah azab seksa kerana kamu melupai pertemuan hari kamu ini. Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan keselamatan kamu lagi; dan (dengan Yang demikian) rasalah azab Yang kekal Dengan sebab apa Yang kamu telah kerjakan".
15. Sesungguhnya Yang sebenar-benar beriman kepada ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang Yang apabila diberi peringatan dan pengajaran Dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud (menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah Dengan bertasbih serta memuji Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur.

MENURUT GURU ANA KAFIR DLM BAHASA MELAYU ENGKAR. MENGERIKAN SEBAB TUHAN BERSUMPAH AKAN MEMENUHI NERAKA JAHANAM DENGAN JIN DAN MANUSIA YG TIDAK BERUSAHA UTK BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. MOGA2 ALLAH MEMBIMBING KITA SEMUA UTK JD BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH. KERANA PD KETIKA INI, ANA PUN BELUM LAGI MENCAPAI TAHAP BERIMAN SEPERTI YG DISEBUT OLEH SEORANG GURU DI KEDAH KETIKA DIA MENGHURAIKAN AYAT AL-QURAN DARI TAFSIR IBNU ARABI.

Ya Allah Ya Hadi!Semoga kami sentiasa dlm bimbinganMU.Ya Allah Ya Qahar Ya Jabbar!Berilah kami kekuatan untuk beramal sebagai tanda bersyukur dan mencari keredhaanMU.Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim!Semoga bertambah kami kasih, sayang, cinta kepadaMU dan segala makhluq dan alam ciptaanMU.Ya Allah Ya Qarib!Semoga kami sentiasa rasa hampir denganMU dan kekasihMU.Perkenankanlah permohonan kami ini Ya Allah Ya Mujiib!

WALLAHUA'LAM

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

Tiada ulasan: