13 Oktober 2009

1.TUJUAN HIDUP

Kita mulakan dengan Alhamdulillahirobbil a'lamin.Bismillahirrohmanirahim.Dengan Berkat syafaat Nabi Muhammad SAW.SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW. Moga2 kita semua dapat dalami, alami dan jalani dengan penuh rasa tawadhu beserta hudhur hati. Melalui firmanNya dan sabda kekasihNya kita telah diberitahu dan diperingatkan akan tujuan hidup kita. AZ-ZARIYAT 56. Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

AL HADID 4. Dia lah Yang telah menciptakan langit dan bumi Dalam enam masa, kemudian ia bersemayam di atas Arasy; ia mengetahui apa Yang masuk ke bumi serta apa Yang keluar daripadanya; dan apa Yang diturunkan dari langit serta apa Yang naik padanya. dan ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha melihat akan apa Yang kamu kerjakan.

Sabda Nabi Muhammad SAW" Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahawa ALLAH selalu menyertaimu di mana kamu berada" Riwayat ath Thabrani

doakan lah aku "berkekalan BERSYUKUR DAN IKHLAS memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Allah."


semoga kita semua akan mendapat redha, rahmat, keberkatan dan keampunan dunia akhirat sepenuh masa.Ini yang kita patut cari dalam hidup ini.Kita rasa orang tua dulu sudah lama mati.Cuba kita renungkan,1 hari akhirat sama dengan 1000 tahun dunia.Bayangkan, kalau dah 1000 tahun baru 1 hari, tiba2 kita meninggal dan ditakdirkan bertemu dengan atuk kita katakan yg baru meninggal 50 tahun. Mungkin dialognya sebegini, baru jer lagi aku tengok kamu berseronok di atas sana dan sekarang kamu dah duk sama dengan aku. Kalau seronok dalam alam barzakh xpele, tapi kalau sebaliknya?

Wallahua'lam

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

Tiada ulasan: