01 Disember 2009

TIANG SOLAT

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Kita seringkali diingatkan SOLAT itu tiang ugama.

Siapa mendirikan SOLAT dia mendirikan AGAMA.

Siapa meninggalkan SOLAT dia meruntuhkan AGAMA.

Berapa Kali kita mendengar tentang tiang solat?

Sebuah bangunan terdiri dengan ada tiangnya. Begitu juga SOLAT kita.

ANA diperingatkan supaya tiang dijaga diluar SOLAT, kemudian dibawa dalam SOLAT.

mudah-mudahan dapatlah kita SOLAT yang mencegah perbuatan keji dan mungkar.INI YANG PATUT KITA SEMAK @ MUHASABAH.ADAKAH TELAH TERLINDUNG KITA DARI PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR SEDANGKAN KITA TELAH SOLAT?

Umpama bersilat, berdiri tegak adalah seni. begitu jua solat. Berdiri tegak ada maksudnya.Sejengkal jarak kaki sepuluh jari tegak lurus mnghadap Qiblat.Zahir dan Batin sedia menghadap.Nantilah jika ada keizinan, ANA akan kongsikan serba sedikit tentang seni dalam SOLAT yang ANA bawa sedikit2 yang ada nikmat bila telah tahu setiap gerak dan seninya.

Pada yang mempunyai kitab perukunan edisi jawi boleh merujuk gambarajah pada mukasurat 35.

Guru tersebut menerangkan Rukun SOLAT terbahagi 13 RUKUN. DALAM 13 diringkaskan kepada 3 bahagian utama.

INILAH TIANG SOLAT!

Setiap 1 rukun tertakluk pada satu SIFAT tuhan dalam sifat 20.Ia melangkaui 7 petala langit.

Tiang PERTAMA: Rukun Qalbi(Niat dan tertib). Tertakluk pada sifat A'lim( Maha mengetahui ). JAGA HATI KITA.Kunci Utama amalan diterima IKHLAS.

Tiang KEDUA: Rukun Qauli ( Perkataan ). Tertakluk pada sifat Samaq ( Maha Mendengar ) JAGA LIDAH KITA..

Tiang KETIGA: Rukun Fekli ( Perbuatan ). Tertakluk pada sifat Basar ( Maha Melihat ) JAGA PERGERAKAN KITA..

KESIMPULANNYA: BERADAB DAN BERAKHLAQ KITA ZAHIR DAN BATIN(SPT HATI NIAT DAN LINTASAN).

ini kerana lintasan hati pun akan dinilai ALLAH TAALA.INI terjadi pada makcik ANA ketika beliau mengerjakan haji.

si A (perbuatan) berbau busuk ( mungkin sakit perut dan tercirit).

si B (lidah)berkata sapa busuk ni?

makcik ANA: si C (dalam HATI)betul lah ada bau busuk.

APA JADI? 2 hari makcik ANA sakit perut dan cirit sehingga berbau busuk. Beliau kemudian merendah diri, menghina diri kepada yang ESA serta Minta ampun dan minta tolong pada ALLAH SWT menghilangkan lintasan hati. Barulah beliau menghabiskan musim haji dengan selamat dan tiada lintasan hati.

PERSOALANNYA BERAPA BANYAK KALIKAH DALAM KEHIDUPAN KITA TELAH MERUNTUHKAN KETIGA-TIGA tiang SOLAT? ( terutama diri ANA ini.)

Ya ALLAH!ENGKAU MAHA AGUNG!ENGKAU MAHA HEBAT!

KAMI INI LEMAH!TIADA DAYA KAMI MENJAGA HATI,LIDAH DAN PERBUATAN KAMI, TIADA UPAYA KAMI BERBUAT TAAT KEPADAMU MELAINKAN ANUGERAHMU JUA.

KAMI BERSYUKUR DIATAS NIKMAT MATA,HIDUNG,MULUT,AQAL,TELINGA,HATI,TANGAN DAN KAKI.DAN KAMI MOHON AMPUN DAN MAAF KEPADAMU YA GHAFUR ATAS KESALAHAN KAMI.

SEMOGA KAMI BERKEKALAN MENDAPAT PETUNJUKMU YA HADI DAN BERKEKALAN DALAM PERLINDUNGANMU YA MUHAIMIN.TIADA NIKMAT YANG LEBIH BESAR MELAINKAN MELIMPAH KASIH SAYANGMU DALAM HATI SANUBARI KAMI.

PERKENANKAN PERMOHONAN KAMI INI YA MUJIIB.

WALLAHUA'LAM

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

1 ulasan:

lekir berkata...

beramal lah kamu dan rasakan allah melihat kamu..ya allah ya raqib