06 Disember 2009

Gerabak Terakhir

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

ANA ada beberapa orang adik beradik seguru.Seronok melihat perkembangan masing-masing.

Bila bertemu tiada yang lebih menyeronokkan melainkan membicarakan tentang perasaan rasa kasih, sayang dan cinta kepada tuhan.

Dalam ramai2 itu, ANA ibarat gerabak terakhir.

Masing2 mempunyai kelebihan masing2 yang mendekatkan diri kepada tuhan yang sebelum ini ANA dengar dari mulut para tuan guru atau alim ulama atau melalui kitab2

Untuk ANA tak dapat melihat, mendengar atau rasa seperti mereka.Namun dapat hampir dengan mereka, juga merupakan anugerah dari illahi yang sangat2 ANA syukuri.Dalam mengharungi kehidupan ini agar mendapat restu illahi.

Dari segi ilmu pun ANA tidak kemana, syariat pun masih lagi sedang pelajari apatah jika disoal bab yang lain jauh sekali. Ada juga kawan2 ANA yang lain yang bertanya pasal thariqat, haqiqat, makrifat, ANA suruh cari para yang a'lim dalam bidang ini.Agar sampai ke matlamat yang dicari.

Kerna ANA dipesan jaga Qalbi, Qauli dan Fekli,moga2 mendapat pertolongan illahi dalam beradab ketiga2 ini. Semoga tidak menyesal dikemudian hari kerana tidak mampu mengulang kembali untuk membetulkan apa yang salah disisi Illahi.

Kerana ANA hanya seorang insani yang mengharap rahmat illahi dengan apa yang diberi untuk mengharung kehidupan ini.Sangat berharap tidak mengikut nafsu yang merajai diri beserta dengan bisikan merosak diri agar tersasar dari meniti jalan yang suci.

Prinsip ANA mudah sekali, walau kemana ANA pergi dan guru mana yang ANA ikuti. Ana cuma ingin bersih diri dan kembali bersih menghadap illahi.

Dalam hidup: ANA memohon kepada illahi agar tolong hamba yang lemah ini untuk hidup "berkekalan bersyukur dan ikhlas memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Allah"

Ya Allah Ya Hadi.Ya Allah Ya Muhaimin.Tiada daya kami meninggalkan sifat mazmumah, tiada upaya kami mengamalkan sifat mahmudah melainkan anugerahMU jua.

Tolong kami Ya Allah!Berilah rezeqi kepada kami agar berperangai baik mendekatkan kami dengan kekasihMU dan menambahkan kasih,sayang dan cinta kami kepadaMU.

Tolong kami Ya Allah!Berilah rezeqi kepada kami agar berkekalan bersyukur dan ikhlas memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Mu Ya Allah

Ya Allah Ya Mujiib.Perkenankanlah permohonan kami yang lemah ini.

Wallahua'lam.

Akhir qalam, Segala puji-pujian untuk tuhan sekalian alam.

Selawat dan salam buat Nabi junjungan tercinta Muhammad SAW.

1 ulasan:

lekir berkata...

gerabak terakhir lagi bahaya ..boleh jadi yang terakhir lebih bermakna ..nilai kita disisi allah bukan yang dahulu dan yang terkhir..tapi dengan hati yang tulus iklas kerana nya..allah yang lebih layak menilai..jaga lah hati kita ..kekadang dengan tampa kita sedar kita meletakkan diri kita sendiri pada tempat tertentu..itu kerja tuhan..terpulang padanya.. nikmat melihat memang indah lagi nikmat dapat merasa ..he he