MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.
TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.
DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.
SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.
Ini kefahaman ANA ketika menyaksikan rancangan AA GYM.
untuk mengenal Allah mulai dengan mengenal diri.Walau siapa menegur, anggap ia rezeqi dr illahi. Jangan jadikan agama sbg satu halangan. Asalkan teguran itu berbetulan dengan Al-quran dan Sunnah.
Ibarat pilot pesawat pejuang harus belajar dari pilot pesawat pejuang yang pakar juga bukannya pemandu kenderaan atas darat.
Formula 3M. 1M:Mulai dlm Diri.
Jika ingin lihat anak2 dan keluarga mempunyai akhlaq baik, diri sendiri dahulu berakhlaq baik.Apatah lagi untk kasih, sayang, cinta akan Illahi.
Begitu juga, jika kita ingin melihat negara yang baik dan makmur, kita mulakan dengan diri kemudian keluarga dan sahabat2 terdekat. 2M:Mulai dr kecil.
Kita merasa perkara itu kecil tapi disisi Allah ia adalah besar syaratnya ikhlas dalam perbuatan kita.
Ibarat mengangkat dahan di jalanan. itu adalah salah satu cabang iman.
ANA pernah lihat seorang yang orang pandang lekeh kerana dia mat pet. diizinkan oleh Allah utk ANA lihat dia membuang dahan pokok yang berada di tengah jalan.Siapa yg pernah mengaji kitab cabang2 iman, ini merupakan salah satu dpd 77 cabang spt yg dinyatakan dlm kitab. Bayangkan jika dia tak alih dan kemudian seorang mengelak dan terlanggar orang lain.
Subhanallah!DIA Maha Mengetahui akan urusanNYA.
Kerana ANA dipesan jangan menghukum orang, Menghukum itu milik TUHAN. Kelak diperlihatkan rahmat atas siapa yang dia kehendaki di akhirat nanti.
Mana tahu kerana keikhlasan mat pet tadi merupakan pintu rahmat untuknya. Semoga kita pun mencari rahmat tuhan dlm setiap nafas yg kita sedut hingga masa kembali padaNYA. 3M:Mulai saat ini.
Seperti ada pepatah cina, perjalanan yang jauh bermula dari langkah pertama.
Biarlah kita mati dalam perjuangan, bukan mati dalam khayalan.
TOLONG KAMI YA ALLAH!YA GHAFUR!Ampuni dosa2 kami, kedua ibubapa kami, keluarga kami, guru2 kami, sahabat2 kami, muslimin muslimat, mukminin mukminat
TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya untuk berubah, tiada upaya untuk memulakan sesuatu melainkan anugerah Allah SWT.
TOLONG KAMI YA ALLAH!Semoga kami merendah diri menerima segala teguranMU walaupun dari yang dipandang hina oleh sekalian makhluqmu kerana kesalahan silamnya mahupun tingkahlakunya waktu ini.
Kerana mungkin yang dihina itu merupakan kekasihMU, sedangkan kami yang merasa diri ini mulia rupa2nya hina disisiMU.Naudzubillah!
TOLONG KAMI YA ALLAH!
TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU
TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.
WALLAHUA'LAM.
AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.
SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan