27 Disember 2009

12 BARISAN

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA UNTUK MENGELAK BINASA DIRI DAN TIADA UPAYA SELAMAT DIRI MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG DICINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Isi diambil dari kitab duratunasihin yg dikarang ulama' usman Alkhaibawi.

Menjadi pilihan dipondok2 sejak dahulu lagi.

Mari taulan kita tiliki,yang mana satu kita nak jadi.

Kerana kita boleh memilih apa nak jadi dengan izin dari illahi.

Ibarat filem ada ramuan sendiri.

Kitalah Penerbit,pengarah, penulis skrip,pelakon semua sekali.

itulah kita pilih sendiri,apa nak jadi untuk kemudian hari.

Mari kita lihat apa yg jadi, ini dialog antara nabi dan sahabat nabi.

Muaz bin jabal bertanya nabi,apakah maksud ayat ini?

"Pada hari sangkakala ditiup , maka kamu datang sekalian dengan berbondong-bondong,"

Lalu basah pakaian dek kerana tangisan Nabi

Nabi menyatakan bahawa yg ditanya masalah besar sekali.

Kerana umatnya akan menjadi 12 Barisan nanti.

BARISAN PERTAMA bangkit dari kubur tidak bertangan tidak berkaki.Inilah akibat jiran2 yg ada disakiti.

BARISAN KEDUA bangkit berbentuk babi.Ini akibat meremehkan solat ketika dalam hidup ini.

BARISAN KETIGA bangkit perutnya penuh ular, kalajengking berbentuk keldai.Inilah akibat dari tidak memberi zakat didunia ini.

BARISAN KEEMPAT bangkit mulut mengalir darah tidak berhenti.Inilah akibat berdusta dalam jual beli.

BARISAN KELIMA bangkit dari kubur menjadi angin berhembus lebih busuk dari bangkai baunya.Inilah akibat sembunyikan derhaka kerana takut manusia bukan takut yg Maha Esa.

BARISAN KEENAM bangkit dari kubur tenggorokan dan tengkuk yg terputus terkulai layu.Inilah akibat menjadi saksi palsu.

BARISAN KETUJUH bangkit dari kubur tidak berlidah dari mulutnya keluar nanah dan darah berupa kotoran.Inilah akibat menyembunyikan kesaksian.

BARISAN KELAPAN bangkit dari kubur terbalik diatas kaki dibawah kepala.Inilah akibat mati tak sempat bertaubat bagi penzina.

BARISAN KESEMBILAN bangkit dari kubur berwajah hitam bermata biru perut penuh api.Inilah akibat memakan harta anak yatim lalu mereka akan makan api.

BARISAN KESEPULUH bangkit dari kubur tubuh penuh kudis dan kusta.Inilah akibat derhaka kedua orang tuanya.

BARISAN KESEBELAS bangkit dari kubur hati buta mata tidak melihat, dgn gigi ibarat tanduk sapi jantan,bibir2 terbuka lebarnya sampai kedada, lidah menjulur panjang sampai ke perut bahkan ke paha mereka, dari perut terhambur kotoran.Inilah akibat arak menjadi minum minuman.

BARISAN KEDUA BELAS bangkit dari kubur WAJAH LAKSANA BULAN PURNAMA.JAMBATAN DILALU SEPANTAS KILAT MENYAMBAR.Inilah ORANG@ BERAMAL SOLEH DAN BERBUAT BAIK.MENJAUHI PERBUATAN DERHAKA, SOLAT LIMA WAKTU DIPELIHARA, TAUBAT DILAKSANA SEBELUM TINGGALKAN DUNIA.

Jika ada kemusykilan dihati, sila tanya mereka berkelayakan menghurai isi. Kerana ana hanya sekadar mampu berkongsi bukannya pandai menghurai isi. Hanya sekadar merenung apa nak jadi buat kita dikemudian hari.

kepada Illahi kita bersama2 panjatkan permohonan ini,agar kita SELAMAT MENUJU ILLAHI.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yg diredhai illahi.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

1 ulasan:

lekir berkata...

alhamdullilah pada allah kerana memberi ilham pada sahabat wa ni kerana selalu ingat meingati,,memang amat berguna untuk kita ,,boleh di prektik kan dalam hidup,,