19 Disember 2009

MENTOR

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.

TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.

Ketika ANA menghadiri satu kursus di ibukota. Penganjurnya merupakan seorang cina dan bukan islam. Ketika buat pengenalan, beliau berkata ketika muda beliau merupakan seorang yang penuh bangga diri dan rasa diri bagus. Tetapi bila umur 50an beliau lebih terarah kepada spiritual. Antara yg diberi adalah tentang mentor.

Apa Guna MENTOR?

MENTOR:


1: MEMBIMBING DAN MENILAI PERJALANAN KITA


2: TEMPAT RUJUKAN KITA


3: BIMBING KITA UNTUK SAMPAI KPD MATLAMAT KITA

Lalu bila ANA kembali ke tempat ANA, ANA berjumpa dgn Guru ANA menyatakan apa2 yg ANA terima ketika berkursus di sana.

Lalu beliau berkata"ITUlah ciri2 Guru Murshid"

Dulu ada yg bertanya pada ANA tentang Guru Murshid, ANA jwb ANA tidak tahu. Moga2 ringkasan yg ANA dpt ttg Guru Murshid membawa manfaat utk semua termasuk diri ANA ini.

Bila Guru ANA berkata begitu, lalu ANA teringat tentang Falsafah Isra' Mikraj.

Ustaz terbabit menerangkan pada bahawa sebenarnya Nabi Muhammad boleh berjumpa terus tapi intipati Isra'Mikraj ini untuk kita FAHAMI, JALANI, ALAMI dan DALAMI.

Antara elemen yg penting Guru, Sahabat dan kenderaan.

Antara syaratnya: Hati bersih dan kemudian diisi dengan hikmah dan iman.

Untuk capai yang ini seorang Guru ( dlm Isra' Mikraj Malaikat Jibrail) membelah dada dan membersihkan hati dan kemudian mengisinya dengan hikmah dan kemudian iman.

Setelah itu perjalanan dimulakan dengan menaiki kenderaan ( utk isra': Buraq)(utk kita AMAL SOLEH)dan diringi Guru dan sahabat ( dlm Isra' Mikraj: 1 Malaikat lain yg ANA lupa namanya. ) hingga sampai ke Baitul Muqaddis.

Kemudian Mikraj hingga sampai Sidratul Muntaha.Malaikat Jibrail hanya sampai di sini.Kerana jika diteruskan dia akan hancur.

Sebelum Baginda naik ke Mistawa, baginda terdengar suara sahabat beliau Saidina Abu Bakar supaya jangan2 ragu2 dan minta dia teruskan. kemudian Nabi Muhammad bersendirian hingga ke Mistawa.

Lalu sampai lah kemuncak bertemu Allah SWT. Maka terjadilah Nabi mempersembahkan kepada Tuhan yg Maha Esa "Attahiyatul..." dan kemudian baginda mendapat jawapan dari yg Maha Esa" assalamualaika...." dan Kemudian Bila Nabi tiba di bumi " assalamualaina...".INILAH ASAL USUL SALAM DLM TAHIYAT.

Ampunilah diriku yg hina ini ya Allah kerana mengucap sambil lewa ketika menghadapMU sedangkan peristiwa tempat ia berlaku sangat istimewa dan diucapkan oleh kekasihMU yg sangat istimewa hinggakan Malaikat Jibrail pun hancur bila melewati sempadan.

aku Bersyukur kepada MU Ya Allah kerana masih membenarkan utk aku yg hina dan lemah dan penuh dgn dan dosa beserta sifat mazmumah mengucapkan kalimah ini


TOLONG KAMI YA ALLAH!

TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Guru yg istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami sampai kpd MU dengan bimbingan Guru melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya kami menemukan Sahabat yang istimewa disisiMU, dan tiada upaya kami menerima teguran dan dorongan mereka yg engkau kasihi melainkan anugerah MU jua.

TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.

WALLAHUA'LAM.

AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.

SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.

Tiada ulasan: