MOHON BERKAT DARI ILLAHI.
TIADA DAYA mengunyah makanan ini DAN TIADA UPAYA memperhambakan diri zahir dan diri batin sentiasa hadir hati serta Allah MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.
DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG DICINTAI.
SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.
Bila lapar terasa di perut ini.
Makanan dicari mengisi jasmani.
Sungguh sedap kita makan disini.
Apakah makanan utk arwah2 yg telah pergi?
Kita makan setiap hari menghilangkan lapar yang minta diisi.
Bagaimana arwah dialam barzah sekarang ini?
Sedangkan kita satu hari nanti
Pastikan kembali menghadap illahi
Lalu siapa yang tidak cuba mengenali illahi mahupun menyediakan bekal nanti
Pastikan menyesal tidak terperi kerana peluang hanya sekali
Hiduplah kita sesuka hati kerana janji illahi adalah PASTI!
Salah satu cara mengisi rohani moga2 semakin cinta pada illahi.
Cubalah baca fatihah untuk rohani barulah makan mengisi jasmani.
Boleh kita lanjutkan Al-ikhlas 3 kali untuk diri dan arwah yang telah pergi.
Moga2 semua diberkati,Moga2 semua dirahmati.
Kerana bila memberi tanpa harap dibalas kembali.
Moga2 menjadi ikhlas disisi illahi.
Kepada Illahi hamba berserah diri
Mengadu akan lemahnya diri ini Jika tiada pertolongan illahi.
Pasti tewas setiap hari dengan musuh yang mengelilingi.
kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,agar kita diredhai,dirahmati,diberkati dan diampuni.
Dari dunia hingga akhirat nanti.
Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.
Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.
Telah dijamin tempat diakhirat nanti.
Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.
Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.
Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.
Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.
1 ulasan:
sesungguh nya maknusia ini kebanyakan nya lalai..berapa ramai orang yang leka dengan dunia sehingga lupa orang yang telah pergi..kenapa tidak waktu kita hendak makan,,kita sedekahkan alfatihah pada arwah yang kita kenal ,kita sayang,..kita rasa nikmat makan didunia tapi mereka mcm mana ? ..di dunia seorang bapa akan memberi anak nya makan , bila demam akan dicarikan ubat dan di awasi dan dijaga kita setiap masa, apakah balasan kita pada pengorbanan mereka ? ..adakah setahun sekali bila raya sahaja kita sedekah alfatihah dan melawat mereka di kubur ,,bagaimana kalau kita setahun sekali dapat makan,,alangkah terasa sangat lapar.. sesungguh nya allah maha adil ,buat baik akan dibalas baik buat jahat akan di balas jahat..sekadar berpesan-pesan..ingat mengingati..kekadang kita lupa..almaklum maknusia yang lalai..( semoga lu karam di dalam lautan musyahadah ) he he he.....terpulang pada yang esa ..allahuakbar..
Catat Ulasan