MOHON BERKAT DARI ALLAH SWT.
TIADA DAYA MEMAHAMI ILMU DAN TIADA UPAYA MENGAMALKAN ILMU MELAINKAN ANUGERAH DARI ALLAH SWT.
DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW.
SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN TERCINTA NABI MUHAMMAD SAW.
Pada 11/12/2009 bersamaan 24 Zulhijjah, lagi seminggu sebelum umat Islam menyambut awal Muharam.Khutbah Jumaat mengingatkan para jemaah tentang pesan Junjungan Tercinta Nabi Muhammad SAW.
ADA 4 Peringatan!
1.Ilmu yang tiada bermanfaat
2.Hati yang tidak khusyu'
3.Nafsu yang tidak pernah puas
4.Doa yang tidak didengari
1.Ilmu yang tiada bermanfaat. Ada ustaz yang ANA mengaji berkata amal adalah makmum dan ilmu adalah imamnya. Jika IMAM sudah rosak maka akan rosaklah MAKMUMnya.Contohnya seseorang yang bersolat tanpa ilmu kemungkinan solatnya tidak sah.Belum lagi dikira tentang solat yang diterima.Solat sah mungkin diterima TUHAN. Solat tidak sah tidak diterima TUHAN. TETAPI solat yang diterima sudah pasti sah disisi TUHAN.
Sebagai contoh ketika ana mengaji tentang sujud, ada seorang tua kalau dikira sudah pencen masih sujud tanpa satu jari pun menghadap Qiblat.Bagaimana solat yang telah dibuatnya selama ini?Wallahua'lam.Kalau ikut feqah sudah tidah sah, mudah2an ada rahmat disisi Allah SWT.Itu sebab ANA dipesan akan jaga perkara yang membatalkan solat dalam solat dan diluar solat. Inilah antara seninya solat kerana perbuatan diluar ada hubungkaitnya dengan yang mengerjakan solat itu sendiri.
JIKA KITA INGIN MENILAI SOLAT KITA, CUBA NILAIKAN ADAKAH IA SUDAH CAPAI TAHAP MENCEGAH PERBUATAN KEJI DAN MUNGKAR?
Sudahkah kita dapat menjaga lintasan hati, lidah dan perbuatan kita?
Sudahkah kita berkasih sayang dengan Ilahi dan insani?
Inilah antara KPI solat yang patut kita renung dalam diri kita terutama diri ANA yang lemah ini.
2.Hati yang tidak khusyu'
Disini IMAM mengingatkan para jemaah tentang surah Ali i'mran ayat 191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.
Bila disini ANA teringat tentang seorang guru yang mengingatkan ANA tentang golongan yang mendapat keredhaan Illahi seperti yang terkandung dalam tafsir ibnu Arabi.Golongan tersebut adalah Rasul,Anbiya',Aulia' dan Mukmin.Beliau mengingatkan yang pertama dan kedua sudah tertutup.Cubalah dapatkan menjadi golongan ketiga atau keempat
Mukmin katanya merupakan solat berterusan.Maka ANA teringat kata2 guru ANA yang lagi satu, itulah Solat Daim. Setiap saat mengingati Allah.
3.Nafsu yang tidak pernah puas
Nafsu yang mengarah kepada perkara membinasakan seperti syahwat, harta, tahta dan lain2 seumpamanya moga2 dijauhkan kita daripadanya.
Bila sebut nafsu teringat ANA tentang 7 tingkatan nafsu yang ANA pelajari.
1.AMARAh
2.Lawamah
3.Mulhamah
4.Mutmainnah
5.Rodhiah
6.Mardhiah
7.Kamil
Moga2 sekurang2nya dapat kita mencapai nafsu mutmainah kerana itulah darjat mereka yang telah tuhan janjikan kenikmatan.
Maka ANA teringat pesanan tentang IBNU ABBAS yang telah diberi kemuliaan oleh TUHAN di mana masa pengkebumiannya bergema surah Al-Fajr ayat 27 hingga 30.
27. (setelah menerangkan akibat orang-orang Yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan Bahawa orang-orang Yang beriman dan beramal soleh akan disambut Dengan kata-kata): "Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau berpuas hati (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia -
30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! "
Moga2 kita semua mempunyai tauhid yang kukuh. Sentiasa mempunyai kasih,sayang,cinta akan Illahi dan merasa kehebatan, keagungan dalam setiap nafas yang kita sedut naik dan turun.
4.Doa yang tidak didengari.
Moga2 kita semua dapat bernafas dan menggerakkan segenap anggota dan indera hanya untuk Allah taala.Tiada yang lebih kita kasih, sayang dan cinta melainkan Illahi.
Kasih,sayang,cinta akhirnya menjadi buah hati.Itulah pesan kepada ANA oleh guru ANA.Bila dah jadi buah hati, apa nak semua jadi dengan izinNYA.
TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUHAIMIN!Kami bermohon kepadamu agar dilindungi dari empat perkara yang dipesan oleh junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW.
TOLONG KAMI YA ALLAH!Tiada daya untuk meninggalkan empat perkara ini, tiada upaya untuk manfaatkan empat perkara ini melainkan anugerah Allah SWT.
TOLONG KAMI YA ALLAH!Semoga ilmu,hati,nafsu dan doa yang kami ada yang bermanfaat dan diberkati olehMU.TOLONG KAMI YA ALLAH!
TOLONG KAMI YA ALLAH!Ya Raqiib!Semoga setiap saat dan setiap nafas semakin hampir kami kepadaMU
TOLONG KAMI YA ALLAH!YA MUJIIB.PERKENANKANLAH PERMOHONAN KAMI YANG LEMAH INI.
WALLAHUA'LAM.
AKHIR QALAM, SEGALA PUJI-PUJIAN UNTUK TUHAN SEKALIAN ALAM.
SELAWAT DAN SALAM BUAT NABI JUNJUNGAN TERCINTA MUHAMMAD SAW.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan