24 Disember 2009

ADAKAH EVEREST TERTINGGI?

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI.

MOHON BERKAT DARI ILLAHI.

TIADA DAYA UNTUK MENDAKI DAN TIADA UPAYA SAMPAI ATAS SEKALI MELAINKAN ANUGERAH DARI ILLAHI.

DENGAN BERKAT SYAFAAT NABI MUHAMMAD SAW YG DICINTAI.

SELAWAT DAN SALAM UTK JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD SAW DIRINDUI.

Kisah bermula awal tahun ini.Ketika diizin oleh Illahi.Bertemu dengan seorang guru yg tak dikenali bagi yg tiada ingin mencari.

Telah ditanya kepada kami,"Apakah Everest tertinggi bagi semua insan di bumi?"

Jawapan kami tidak memuaskan hati lalu sang guru memberi jawapan yg diingini.

Everest tertinggi bg yg tidak mendaki.

Hanya mendengar atau memerhati.

Tidak pernah mencuba walau sekali untuk sampai kemuncak atas sekali.

Namun bagi yg telah sampai kemuncak atas sekali, Everest cuma di bawah tapak kaki.

Lalu kami dipesan dlm hidup ini biar jatuh berkali2 jika perlahan pasti kan sampai tempat ditujui.

Jika terlalu cepat ingin mendaki, kelak ditakuti takkan dapat bangkit kembali.

kepada Illahi kupanjatkan permohonan ini,
agar kita sampai kepada dihajati.

Sepertimana ditunjuk Nabi dicintai moga mendapat rahmat Illahi.

Seperti juga sahabat nabi yang diredhai illahi.

Telah dijamin tempat diakhirat nanti.

Begitu juga insan yg terpilih disisi Illahi.

Moga2 kita termasuk sekali dalam redha ketentuan illahi.

Kusudahi qalam ini dengan memuji pada Illahi pencipta sekalian alam ini.

Selawat dan salam buat Nabi kucintai moga mendapat syafaat dikemudian hari.

1 ulasan:

lekir berkata...

setiap hari dan masa iblis mencari ruang untuk menyesatkan kita..semoga dengan izin allah kita dapat berjuang hingga ke hembusan nafas yang terakhir didunia ini..